Saturday, May 30, 2009

jmb

bro:"jo,jmb dah beres"
jo:"minggu depan beres" (org kuat pemaju)
bro:"ok"

lobai 1:"awak bawak aduan ni ke pihak berkuasa,kemudian panggil dia orang bincang bersama penduduk" (MPP zon)

lobai 2:"baiklah" (MPP kawasan)

tarikh borak2:26 april 2009
tarikh sekarang: 30 mei 2009

dah lama tu!!!!!!! ada 3 bulan lagi!!!!!

tarikh arahan tubuh jmb: 12 april 2008
tarik akhir tubuh jmb: ogos 2009

pukul 6.15 ptg, masa main takraw,

lobai 3:"mat,sijil jmb dah siap!,pegi ambil cepat kat mpkj"
mat:"dah siap!..alhamdulillah"

dah siap rupanya....baguslah org pkr buat keja..bolehlah buat apa yang patut...!

cuti sekolah...hooorey...balik kg..!!!

cuti sekolah sudah bermula..semalam kak long bersama kwn2 seasrama balik kg dengan menaiki keretapi dari KL central ke sg petani..keretapi bertolak jam 8 mlm,pukul 11 pagi dah sebuk2 nak keluar dari asrama..tak sabar2 nak balik..susah payah bini aku terkejar2 masa kesana kemari..adik kecik pulak balik dari tadika kul 11 pg.
dah lama betul tak naik ketapi ni..sejak dia orang masih bayi lagi..ambik yg ada tempat tido..zzzzzz!!
cuti sekolah ni, pihak sekolah tak sediakan bas sekolah utk balik kg, jadi terpaksa budak2 yg tinggal di perak,penang,kedah dan perelis naik keretapi.
alhamdulillah..kul 7 pg td kak long selamat sampai SP..tuk mak dia mungkin tak lena tido dan senyum sampai ke telinge kerana cucunya (lahir di kedah) mai..

Thursday, May 28, 2009

ulat buku....




jumpa disana!!!! jom gader2...!!!

Wednesday, May 27, 2009

Pengurusan Bersama/Joint Management Body (JMB)

Pada asasnya, penyelenggaraan bangunan tempat tinggal tinggi kini adalah tanggungjawab para pemilik unit-unit di situ. Sendiri punya unit rumah, sama-sama pemilik kena selenggara.

(Muat turun Pelaksanaan Akta 663.PDF, rujuk juga tulisan YB ADUN Chempaka, dan satu contoh JMB Seri Mawar)

Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata.

SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.

SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Tuesday, May 26, 2009

bekas bekal ku dicuri monyet

sejak kawin lagi..aku tak suka makan kedai...oh bukan makan kedai..habis pulak kedai kena makan..tak suka makan di kedailah..aku ni jeneh pembersih sikit..suka makan ayo tangan bini..makan ayo tangan orang lain kadang2 rase tak sedap/kurang menyelera pun ada..

aku ni suke kucing, kat kilang aku ada lapan ekor kucin..aku tukang bela dan bagi makan..kat romah aku tak bela kucin,duk kat apt. mana boleh bela kucing..nanti orang marah.

spt biasa sejak bertahun lagi..aku tak pernah habiskan makanan..lebih makanan tu aku bagi kucing makanlah..kalau ada sisa makan kat romah aku bawak ke tempat kerja utk santapan kucingku..sampai kat kilang,kucin aku tu dah siap tunggu dan berguling2..

semalam,lepas makan tengahari,aku letak sisa makanan tu dlm raga moto..ingat nak bagi makan kucin pukul 3 nanti..bila tengok bekas nasi tu dah hilang..aku dah tahu ini mesti kerja monyet..oooooiiii monyet...dah dua kali kau kebas makanan aku ya...!marah bini aku ni dah 2 kali tapawei hilang...kalau nak selongkar makanan tong sampah besar tu kan ada..


Monday, May 25, 2009

rumah kutai




tinggal kenangan....huwa..huwa !!!!
rumah ini dibina pada zaman japang menggunakan modal duit jepun cap pisang..
telah dirobohkan baru2 ni kerana memberi laluan kepada projek tebatan banjir di kota kuala muda kedah dan kerajaan merancang membuat bandar baru moden di kawasan tersebut.
penduduk kg baru,yang mana tanah mereka diambil oleh kerajaan telah diberi pampasan...jadi orang kaya baru depa..abang ipar aku jadi OKB jugak,telahpon buat romah baru..selalu tiap2 tahun raya kat rumah tua tu,nampaknya tahun ni raya kat rumah baru abang ipar aku tu..

pembetulan:
th 40 jepun belum tawan tanah melayu lagi...mungkin romah itu didirikan pd th 43 kot..!oleh datuk (wan bini aku lah...)
info:arwah moyang...ketika zaman kolonial british dulu,ketua polis daerah kuala muda kedah.

syawal terakhir...
raya terakhir di rumah kutai..gambar emak bersama anak menantu,cucu2..semua ada..abah dah lama pegi ke mekah tak akan kembali ke tanahair..al-fatihah..huwa..huwa..!

Saturday, May 23, 2009

zambry kekal MB

Zambry kekal MB

Oleh Khirul Bahri Basaruddin dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my


AHLI Umno Cawangan Tanjung Malim menjulang Zambry sebaik saja mengetahui keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya ketika merasmikan persidangan serentak mesyuarat Umno Cawangan Tanjung Malim di Slim River, semalam.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan ketepi keputusan Mahkamah Tinggi

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak apabila Mahkamah Rayuan semalam membenarkan rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pemegang sah jawatan itu. 

Dalam keputusan sebulat suara, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang mendapati Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Rahim salah dalam membuat tafsiran peruntukan relevan terhadap Undang-undang Tubuh Negeri Perak (UTNP).

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan gagal menilai dengan betul dan secukupnya semua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan 

yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop. 

Mohd Raus dalam keputusan lisannya juga memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membuat keputusan betul melantik Zambry sebagai Menteri Besar selepas mendapati Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak pada Februari lalu.

"Kami juga berpendapat bahawa keputusan sama ada membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah dalam bidang kuasa Sultan," katanya. Mohd Raus memberitahu peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah pihaknya akan menulis alasan penghakiman dalam tempoh seminggu. 

Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya akan memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari dan memohon mahkamah menyiapkan alasan penghakiman bertulis secepat mungkin bagi membolehkan rayuan mereka didengar Mahkamah Persekutuan. 

Mahkamah itu juga membatalkan permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali, menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi selepas diberitahu pemohon ingin menarik balik permohonannya. 

Mohd Raus berkata, mereka sependapat bahawa mengikut hak istimewa Sultan Perak, apabila permohonan Mohammad Nizar yang dibuat mengikut Perkara 16 (6) UTNP untuk pembubaran DUN ditolak, beliau mesti meletak jawatan.

"Tiada peruntukan khusus atau mandatori dalam UTNP untuk diadakan undi sokongan majoriti di DUN Perak. Malah, kehilangan sokongan majoriti Mohammad Nizar boleh ditentukan dengan cara lain (tidak hanya melalui undi). 

"Sultan Perak betul untuk menjalankan siasatan dan adalah jelas bahawa Mohammad Nizar kehilangan sokongan majoriti di DUN Perak. Oleh itu, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai Menteri Besar," katanya. 

Peguam Zambry, Datuk Cecil Abraham, berkata anak guamnya akan meneruskan tugas seperti biasa selepas rayuannya dibenarkan. 

Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas membenarkan permohonan semakan kehakimannya. 

Bagaimanapun sehari kemudian, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Zambry menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sehingga rayuannya diputuskan. Mohammad Nizar kemudian mengemukakan permohonan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu. 

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Zambry kekal Menteri Besar Perak


DOA KESYUKURAN - DR. Zambry Abdul Kadir berdoa sebagai tanda kesyukuran setelah Mahkamah Rayuan di Putrajaya, semalam, menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah. Beliau mengetahui keputusan itu ketika menghadiri majlis perasmian serentak cawangan-cawangan UMNO di Slim River.


PUTRAJAYA 22 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Dengan itu, mahkamah sebulat suaramembenarkan rayuan Zambry terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) yang mengesahkan sebaliknya terhadap Mohammad Nizar.

Hakim Md. Raus bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Zambry selaku perayu mahupun Mohammad Nizar sebagai responden dalam rayuan itu tidak hadir bagi mendengar keputusan yang mendapat perhatian meluas pihak media dan orang awam.

Hakim Md. Raus ketika membacakan penghakiman itu menyatakan, Sultan Perak betul ketika melantik Zambry berdasarkan Perkara 16(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKNP) 1957 selepas berpuas hati bahawa perayu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut beliau, Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf mentafsir beberapa peruntukan dalam UTKNP ketika mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.

Katanya, kegagalan menilai dan meneliti secara terperinci keseluruhan fakta dan dokumen bertulis yang dikemukakan sepanjang perbicaraan menjadikan perintah yang dikeluarkan itu salah dan wajar diketepikan.

Hakim Md. Raus berkata, Perkara 16(6) UTKNP jelas menunjukkan Sultan Perak mempunyai budi bicara mutlak menolak permohonan Mohammad Nizar untuk membubarkan sidang Dewan.

Menurut beliau, dalam menjalankan budi bicara baginda menolak permohonan itu, Mohammad Nizar bersama-sama barisan Exconya harus meletak jawatan.

Jelasnya, tiada keperluan mendesak dalam UTKNP yang menyatakan bahawa usul tidak percaya perlu dibentangkan terhadap Mohammad Nizar dalam persidangan Dewan.

''Berdasarkan kepada fakta yang dibentangkan ketika perbicaraan, jelas bahawa Mohammad Nizar telah kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Dewan,'' katanya.

Sehubungan itu, mahkamah berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika menjalankan sesi temu bual bagi memastikan Mohammad Nizar benar-benar kehilangan sokongan majoriti ADUN sebelum membuat keputusan menolak permohonannya membubarkan Dewan.

Zambry merayu terhadap perintah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar, 52, sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati Sultan untuk membubarkan persidangan Dewan.

Alasan-alasan penghakiman Hakim Abdul Aziz antara lain menyatakan Mohammad Nizar masih Menteri Besar yang sah kerana tiada undi tidak percaya dibuat terhadapnya.

Selain itu, Perkara 16(6) UTKNP tidak menyatakan bahawa seseorang Menteri Besar boleh dipecat atau jawatan itu boleh dikosongkan dalam keadaan Mohammad Nizar tidak meletak jawatan.

Bagaimanapun, sehari selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry agar perintah Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu rayuan penuh diputuskan.

Mohammad Nizar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan selanjutnya mengemukakan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Zambry.

Panel hakim yang bersidang hari ini menolak permohonan tersebut.

Sebaik sahaja keputusan diumumkan, peguam Sulaiman Abdullah memberitahu, pihaknya diarahkan memfailkan kebenaran untuk merayu keputusan itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau memohon agar mahkamah menyediakan penghakiman bertulis secepat mungkin bagi membolehkan pihaknya memfailkan notis kebenaran merayu.

Hakim Md. Raus memberi jaminan akan menyiapkan penghakiman penuh keputusan itu dalam tempoh seminggu.

Peguam Datuk Cecil Abraham mewakili Zambry manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Court declares Zambry as Perak MB
Bernama

PUTRAJAYA, Fri:

UPDATED: A three-man bench of the Court of Appeal, in a unanimous decision, today declared Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir as the rightful Menteri Besar of Perak.

The court held that the order made by the High Court on May 11, in declaring Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as the legitimate menteri besar, was wrong and set aside that decision. 

"The learned High Court judge had failed to properly and adequately appreciate the entire evidence before him, and that rendered the decision as wrong," said Justice Datuk Md Raus Shariff, who sat with Justices Datuk Zainun Ali and Datuk Ahmad Maarop. 

Both Mohammad Nizar and Zambry were not present in court today. 

Justice Md Raus, in his oral judgement, also held that the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, was right in appointing Zambry as the new menteri besar, under Article 16(2) of the Perak Constitution, after being satisfied that Zambry had the command of the majority of the state legislative assembly. 
"We hold the view that the granting or the withholding of the request for the dissolution of the state legislative assembly is the royal prerogative. 

"On the facts of this case, the request for the dissolution of the state legislative assembly was made under Article 16(6) of the Perak Constitution and not under Article 36 of the constitution," said Justice Md Raus in allowing Zambry's appeal against the High Court decision. 

Justice Md Raus further held that the Sultan of Perak was right in making enquiry to satisfy himself that the respondent (Mohammad Nizar) had ceased to command the majority confidence. 

The fact that Mohammad Nizar had ceased to command the majority confidence could be obtained or established alternatively, he said. 

"There is no mandatory or express requirement in the Perak Constitution that provides that there must be a motion of no-confidence to be tabled against the respondent before deciding that he had ceased to command the majority confidence of the state legislative assembly," he said. 

Zambry, whose leading counsel was Datuk Cecil Abraham, filed an appeal on May 12, with 24 grounds of appeal, against High Court Judge Datuk Abdul Aziz Abd Rahim's decision in ruling that Mohammad Nizar did not vacate the office of menteri besar as he had not lost the majority confidence of the state legislative assembly. 

On the same day, his application for a stay of the High Court order was heard and allowed by Appeal Court Judge Datuk Ramly Ali, sending Zambry back to the office of menteri besar.

The following day, Mohammad Nizar filed an application to set aside the stay order and requested for a panel of five Appeal Court judges to hear the proceedings, which was refused yesterday. 

After the decision was delivered, Sulaiman Abdullah, the leading counsel for Mohammad Nizar, requested the court for the written judgement for the purpose of appealing to the Federal Court. 

"We appreciate that the court had gone through the facts of this case and made the decision within one night. 

Saturday, May 16, 2009

istilah keling

Istilah 'keling' dibenarkan dalam kamus dewan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan bahawa penggunaan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia adalah untuk tujuan pembelajaran.

Hakim Lau Bee Lan yang memutuskan demikian dalam kamar kemudian menolak rayuan Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM) terhadap keputusan Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman.

Pada 29 Disember 2006, Nik Isfahanie Tasnim membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk membatalkan saman pemula terhadapnya berhubung istilah 'keling' yang difailkan oleh APIM yang didakwa menghina masyarakat India di negara ini.

Menurut peguam DBP, Md. Radzi Mustafa, Hakim Bee Lan dalam penghakimannya juga menyatakan penggunaan istilah 'keling' dalam kamus itu bukan mala fide (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.

Katanya hakim juga berpendapat saman pemula APIM itu adalah mudah dan tidak mempunyai peluang untuk berjaya.

Ditanya sama ada istilah 'keling' masih digunakan dalam kamus edisi keempat, Md. Radzi berkata, ia masih digunakan tanpa sebarang contoh perkataan.

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi APIM, Ramli @ Mohd. Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP dan lima yang lain berhubung istilah tersebut.

Dalam saman pemula itu, Ramli menamakan DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn. Bhd., dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. - Bernama

Perkataan keling berasal dari bahasa Sanskrit "Kalingga" yang merujuk kepada sebuah daerah di India Tenggara. Pada masa iniperkataan ini kebiasaannya merujuk kepada suku bangsa Dravida termasuk kaum TamilTelugu dan Malayalam. Di kawasan yang dulunya Kalinga, penduduknya pada hari ini bertutur dalam bahasa Telugu dan Oriya.

Makna asal

Dari segi sejarah, perkataan keling merujuk kepada Benua Keling, kini India, sebagaimana yang disebut dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah mengenai pelayaran ke benua Keling, kampung Keling dan sebagainya. Selain itu perkataan keling menjadi lumrah di keseluruhan Tanah Melayu pada masa itu. Penggunaan perkataan ini dapat dilihat melalui Masjid Kapitan Keling diPulau PinangTanjung KelingMelaka, dan kuih telinga keling di Johor. Kemungkinan lain adalah ia merujuk kepada Kerajaan Kalingajuga merupakan sebuah kerajaan besar India purba (Bharata Varsha) bersama Vodhas dan sepanjang bersama Kiratas yang tinggal di timur.[1]

Disebabkan lumrahnya penggunaan perkataan keling, keturunan dari India lain seperti suku Indo-Aryan seperti di utara India, Pakistan,Bangladesh juga dikenali sebagai bangsa keling dari Benua Keling (kini dikenali sebagai negara India).


[sunting]Penggunaan

Perkataan keling selalunya digunakan untuk merujuk masyarakat India tetapi istilah ini dianggap menunjukkan rasa tidak hormat kepada masyarakat India di Malaysia. Ada mereka yang menyamakan istilah ini seperti negro untuk masyarakat Amerika Afrika.

Peribahasa seperti janji keling misalnya digunakan oleh masyarakat berbahasa Melayu untuk merujuk kepada orang yang suka berbohong, memberi kenyataan yang bercanggah dan mereka yang tidak tetap pendirian.

Dalam masyarakat Cina, perkataan keling-a (Hokkien; 吉寧仔; POJ: kiet-lêng-á), keling kwai (Kantonis; 吉寧鬼; Yale: git-lìhng-gwái), dan keling-kia (Teochew) selalu digunakan di Malaysia dan Singapura. Perkataan-perkataan ini boleh digunakan dalam niat baik atau tidak. Dalam suku Hokkien dan Teachew tambahan -a dan -kia selalunya merujuk kepada suku bukan Cina dan dalam Kantonis, istilah kwai bermaksud "hantu" atau "syaitan" dan digunakan juga untuk etnik bukan Cina.

[sunting]Dianggap menghina

Perubahan perkataan keling daripada istilah umum bagi kaum India bertukar menjadi satu istilah yang dianggap menghina bermula semenjak pertengahan 1970-an.

Kemungkinan perubahan ini disebabkan orang India sendiri memandang rendah mereka yang berasal dari India Selatan dan tidak mahu dikaitkan dengan panggilan keling. Kemungkinan yang lain adalah dari segi sejarah, kebanyakan pendatang dari India yang awal bekerja di ladang dan dikenali sebagai keling. Oleh itu apabila mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih tinggi, mereka mahu menjauhkan diri daripada gelaran yang mempunyai stigma kelas bawahan.

Usaha utama menghalang penggunaan "keling" dalam bahasa melayu diketuai oleh Angkatan Pelopor India Muslim (APIM). [2]

Walau apapun punca asalnya, perkataan keling kini tidak digemari oleh kaum India di MalaysiaSingapura, dan Indonesia. Di Indonesia dan Malaysia istilah atau perkataan "keling" sering dianggap satu kata makian dan sepatutnya di[guna]]kan dengan hati-hati.

Kontroversi ini tambah menyala apabila Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan perkataan asal "keling" dan ditambah dengan beberapa perkataan penambah seperti keling kapal karam dan keling mabuk todi. Sudah tentulah sebarang perkataan asal, apabila ditambah perkataan tambah negatif akan memberi gambaran negatif kepada makna asal keling tersebut.

[sunting]Keling dalam Kamus Dewan

Pada 22 Disember 2005, Pengerusi Angkatan Pelopor India Muslim Selangor dan Wilayah Persekutuan (APIM), Ramli@Mohd Othman Ravinthranath Abdullah menyaman DBP, Ketua Pengarah DBP, Menteri Pendidikan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, syarikat pencetak Harian (Zulfadzli) Sdn Bhd dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan. Ramli memohon supaya istilah itu dipadamkan dari Kamus Dewan Edisi Ketiga kerana menghina kaum India Malaysia. Tetapi Timbalan Ketua Pengarah DBP, Abu Bakar Mohamad berhujah bahawa APIM tidak mempunyai 'locus standi' (hak di sisi undang-undang) untuk mengemukakan saman tersebut bagi pihak kaum India Muslim.

Pada 29 Disember 2006, Penolong Pendaftar Kanan (SAR) Mahkamah Tinggi, Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman membenarkan permohonan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menafikan dakwaan APIM bahawa 'Keling' menghina kaum India Malaysia. Pada 14 Mei 2009, Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memutuskan istilah 'keling' dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga dibenarkan kerana ia untuk tujuan pembelajaran. Tiada mala fide' (niat jahat) kepada mana-mana pihak dan DBP hanya melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.[2]

[sunting]Kerugian kepada bahasa Melayu sekiranya dihapuskan

Kontroversi perkataan "Keling" merugikan Bahasa Melayu kerana perkataan lain yang semaksud adalah kurang tepat. Di utara Malaya, perkataan "Hindu" juga digunakan untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi ini adalah tidak tepat kerana tidak semua bangsa Keling adalah beragama Hindu. Ada juga yang beragama Islam dan Kristian.

Perkataan "orang India" juga digunakan di negeri pantai timur Malaya untuk merujuk kepada bangsa Keling, tetapi perkataan ini juga kurang tepat. Ia agak mengelirukan apabila ingin membezakan antara bangsa Keling Malaysia dan yang dari India ("India mari"). Sesetengah golongan bangsa Keling juga tidak menyokong penggunaan ini kerana menimbulkan tanda tanya atas kesetiaan politik mereka kepada Malaysia apabila dikenali sebagai "orang India".

Perkataan "Tamil" juga dianjurkan supaya digunakan, tetapi ia juga kurang tepat. Tidak semua bangsa Keling adalah dari suku Tamil, kerana bangsa Keling juga merangkumi suku TeluguMalayalamGujarat dan lain lain. Penggunaan ini juga ditentang oleh suku Telugudan Malayalam yang menganggap penggunaan perkataan "Tamil" akan meminggirkan budaya mereka di mata masyarakat.

Ada pihak menyarankan supaya perkataan "Keling" ini dinobatkan semula supaya boleh digunakan secara umum di dalam bahasa Melayu. Kontroversi ini tidak begitu goyah di dalam masyarakat itu sendiri kerana jati diri mereka yang kuat. Mereka mengenali masyarakat sendiri sebagai kaum Aryan, yang bermaksud “kaum yang mulia”[3]. Sejarah bangsa Aryan yang bermula dari zaman kota Mohenjo Daro telah memberi nilai budaya yang kuat dan tidak menumpu hal remeh seperti kontroversi perkataan Keling itu.

[sunting]

 


Thursday, May 14, 2009

jaga-jaga pemaju perumahan

Pemaju diberi tempoh hingga Ogos tubuh JMB

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga Ogos kepada pemaju yang masih gagal menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini sebelum tindakan tegas termasuk diheret ke mahkamah dikenakan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata arahan sudah dikeluarkan kepada mereka untuk berbuat demikian sejak 12 April tahun lalu, tetapi hingga kini kira-kira 74 peratus daripada lebih 1,000 kediaman bertingkat terutama kondominium di negeri ini belum ada JMB.

Menurutnya, beberapa kawasan perumahan bertingkat dikenal pasti gagal menubuhkan JMB seperti di daerah Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Tempoh enam bulan itu berakhir Ogos ini dan saya nasihatkan pemaju berbuat demikian sebelum tindakan tegas dilakukan.

Surat amaran juga sudah dikeluarkan supaya pemaju degil terbabit berbuat demikian, tetapi jika ada yang gagal kes ini akan dibawa ke mahkamah atau dikompaun RM500 sehari hingga tertubuhnya JMB,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia di sini, semalam.

Difahamkan pemaju kondominium gagal berbuat demikian kerana keuntungan diperoleh mereka hasil pengurusan bangunan mencecah RM3 juta setahun. 

Sementara itu dalam kes berasingan, Iskandar meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membenarkan penukaran meter individu bagi kediaman bertingkat walaupun tidak mendapat kerjasama daripada penghuni.

benda saman pemaju ni telah lama aku dengarlah...sejak akhir 2007 lagi..kata, jika pemaju tak tubuh JMB pada april 2008 tindakan saman/mahkamah akan dikenakan...tak da pun sampai sekarang..! jangan cakap tak serupa bikin...!

aku dah hantar surat ke YB adun Balakong melalui MPP kawasan situ..tak taulah apa tindakan diaorang...

kalau tak boleh jugak karang aku suruh datuk ujang bagong setel.... 




Sunday, May 10, 2009

grading taekwando






uji test tali pinggang taekwando kat sk taming jaya balakong.
hero penulis pakai tali pinggang hijau..nak lawan kak longnya telah berjaya dapat black belt..


Sidang DUN Perak

Sidang DUN Perak kecoh-UM


Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 tertangguh kira-kira lima jam akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Dr. Zambry Abd. Kadir cuba mententeramkan keadaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. – HANAFI KHAMIS
________________________________________

IPOH 7 Mei – Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.
Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.
Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.
Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.
Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.
Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.
Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.
Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.
Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.
Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.
Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.
‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.
‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.
Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.
Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.
Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.
Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.
Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.
Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.
Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.
Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.
Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.
Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.
Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.
Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.
Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.
Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.
Selepas baginda berjumpa dengan Mohammad Nizar dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, pembangkang dilihat mula mematuhi peraturan Dewan.


Sidang DUN kelam-kabut-BH


• Raja Nazrin tunggu lima jam rasmi persidangan
• Ganesan dilantik Speaker ganti Sivakumar

IPOH: Mesyuarat pertama penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, semalam kecoh lebih lima jam dan terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum majlis perasmian dapat disempurnakan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Kekecohan bermula sebaik saja Raja Nazrin selesai memeriksa kawalan kehormatan dan menuju ke Kamar Diraja, apabila bekas Speaker, V Sivakumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang bergegas memasuki Dewan terlebih dulu serta menukar tempat duduk ke sebelah kanan Speaker, yang ditetapkan untuk pihak kerajaan. Mereka juga mengalihkan kertas tanda nama ke sebelah kanan serta mengoyak dan membuang tanda nama Adun Barisan Nasional (BN). Adun pembangkang, yang diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kemudian duduk di kerusi Menteri Besar dan Exco, manakala Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Exconya terpaksa duduk di tempat pembangkang.

Keadaan bertambah kecoh apabila Sivakumar mengarahkan Zambry serta enam Ahli Exco negeri dan tiga Adun Bebas, keluar Dewan dengan alasan keanggotaan mereka masih digantung. Beliau turut berkeras tidak akan memulakan sidang selagi 10 Adun terbabit tidak meninggalkan Dewan tetapi tidak diendahkan Zambry dan Adun berkenaan.

Zambry kemudian berdiri dan membuat usul untuk memecat Sivakumar selaku Speaker, disokong oleh 27 Adun BN serta tiga ahli Bebas dengan cara mengangkat tangan tetapi ditolak oleh Sivakumar dengan alasan Zambry tidak boleh mengemukakan usul kerana telah digantung.

Sepanjang kekecohan itu, Raja Nazrin yang dijadual merasmikan sidang pada jam 10 pagi, terpaksa menunggu dalam Kamar Diraja.

Persidangan semalam adalah yang pertama sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Februari lalu dan Zambry dilantik sebagai Menteri Besar.

Kekecohan semakin tidak terkawal apabila ahli Dewan saling mencemuh antara satu sama lain. Zambry kemudian mengulangi membuat usul yang sama dengan disokong oleh Adun BN dan tiga ahli Bebas.

Sivakumar bagaimanapun tidak berganjak dan mengarahkan Bentara Dewan membawa keluar 10 Adun itu, tetapi Zambry menegaskan Sivakumar telah dipecat.

Kira-kira jam 10.48 pagi, Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (Bebas-Jelapang) mengambilalih sidang daripada tempat duduk Adun, manakala Sivakumar terus duduk di kerusi Speaker.

Zambry kemudian mengemukakan usul melantik bekas Adun Sungkai, Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru dan disokong oleh semua Adun BN serta ahli Bebas.

Selepas usul pelantikan Speaker baru diluluskan, Hee menjemput Ganesan memasuki Dewan dan dipakaikan jubah Speaker oleh Dr Zambry. Ganesan kemudian mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ahli Dewan dan mengambilalih tugas daripada Hee.

Ketika itu, Adun Pakatan Rakyat hanya memerhati sambil membuat bising tetapi Ganesan meneruskan sidang tanpa menghiraukan gangguan pembangkang.

Beliau menerima empat usul pelantikan ahli jawatankuasa yang baru, iaitu Jawatankuasa Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) serta usul tidak mengiktiraf 'Sidang DUN Bawah Pokok' pada 3 Mac lalu.

Semua usul dibentang oleh Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) dan disokong oleh Datuk Shaarani Mohammad (BN-Kota Tampan) serta diluluskan tanpa bahas oleh Adun BN dan Bebas dengan cara mengangkat tangan.

Ketika Ganesan mengumumkan usul pertama diluluskan, Adun Pakatan Rakyat dan Sivakumar menjerit mengatakan 'haram'.

Keadaan tenang seketika apabila Ganesan mengumumkan penangguhan sidang selama sejam bermula 11.15 pagi.

Selepas sesi bermula pada jam 12.20 tengah hari, Sivakumar yang tidak bergerak dari tempat duduk Speaker, mengarahkan Ganesan keluar dari Dewan hingga mencetuskan semula pertikaman lidah antara Adun BN dan Pakatan Rakyat.

Beberapa Adun pembangkang turut mengelilingi Ganesan bagi mendesaknya keluar Dewan dan berlaku tolak-menolak sehingga memaksa Speaker baru itu mengumumkan sidang ditangguhkan selama sejam lagi bermula jam 1 petang.

Semua Adun mematuhi arahan itu dan keluar makan tengah hari, tetapi Sivakumar masih terus tidak bergerak dari kerusi Speaker. Apabila persidangan disambung semula kira-kira jam 2 petang, kekecohan sekali lagi tercetus apabila beberapa Adun pembangkang cuba menarik keluar Ganesan secara kasar.

Berikutan itu, polis terpaksa campur tangan pada jam 2.20 petang kerana keadaan menjadi tidak terkawal dan bertambah agresif dengan ada insiden tolak-menolak dan pergaduhan di kalangan Adun.

Bentara juga dikasari sebanyak tiga kali oleh Adun pembangkang sehingga cedera di kaki ketika beliau cuba mengosongkan kerusi Speaker yang masih diduduki Sivakumar.

Kekecohan itu berakhir pada jam 2.40 petang apabila Sivakumar diiring keluar oleh anggota polis sebelum Raja Nazrin yang menunggu lebih lima jam dalam Kamar Diraja, memasuki Dewan bagi merasmikan sidang itu.

Baginda menyampaikan titah ucapan perasmian kira-kira setengah jam bermula 3.15 petang dan sebelum berangkat pulang, Raja Nazrin berkenan berbual mesra dan bersalaman dengan semua Adun.

Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Saturday, May 2, 2009