Thursday, March 5, 2009

kisah hj abdulllah hukum sebagai penghulu dan dato' dagang

penulis:abdul rahman hashim

Hj Abdullah Hukum sebagai Penghulu dan Dato' Dagang

Hj Abdullah Hukum, yang merupakan antara pelopor kemajuan KL ..
berbeza dengan Yap Ah Loy, jasa Hj Abdullah Hukum ini semakin terpinggir dari pandangan masyarakat sekarang.

kampung Abdullah Hukum pun boleh dikira da tak de da..yg ada sekarang tinggal beberapa buah rumah je dan rumah-rumah sebelum ini diganti dengan flet.

Abdullah Hukum ni berasal dari Kerinchi, Sumatera. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rukun kemudian ditukar oleh beliau sendiri ketika beliau di padang Arafah. Dikatakan beliau telah datang berdagang ke Tanah Melayu seawal tahun 1850 lagi ketika itu berusia kira-kira 15 tahun.

Beliau kemudian berjalan kaki pula bersama-sama rakan untuk ke kuala lumpur dari melaka. perjalanan itu memakan masa beberapa hari (ye la dulu mana da hiway, keta laju2)

Setapak (dulu Hulu Sungai Tapak) dan Air Panas (dulunya Hulu Gombak) adalah kawasan sawah padi milik Sutan Puasa. Beliau pernah mengambil upah membuat tali air selama tiga tahun di Serambut (Batu Lima Gombak sekarang). Ketika itu, Sutan Puasa adalah ketua yang disenangi penduduk tempatan kerana semua orang boleh mengerjakan sawahnya dengan kadar upahan sepuluh gantang padi daripada setiap seratus gantang.

Abdullah Hukum juga pernah pergi menghadap Raja Laut (Putera Raja Muhamad) kerana ingin meminta sebidang tanah untuk dijadikan kampung baru. Raja Laut memberikan surat kebenaran untuk membuka tanah di Pudu dan menjadi ketua penduduk di situ. Ada ramai orang Kerinchi mengikutnya dan tinggal di Pudu (di kawasan Bukit Bintang sekarang).

Di sana, Abdullah Hukum dan pengikutnya menjalankan aktiviti menanam sayur-sayuran, tebu, pisang, sirih dan bersawah padi. Abdullah Hukum menjadi Ketua Kampung di Pudu selama tujuh tahun. Dikatakan juga beliau pernah menjadi nakhoda yang mengambil upah membawa beras dengan perahu dari Klang ke Kuala Lumpur. Dia mendapat upah empat puluh ringgit untuk sekoyan guni beras.

Selepas membuka kawasan Pudu, Abdullah Hukum mendapat surat kebenaran daripada Raja Mahmud (Putera Sultan Muhamad) untuk membuka kebun (nenas) di Bukit Nanas. Beliau juga mendapat surat kebenaran daripada Maxwell dan Raja Laut membuka Sungai Putih (kawasan Jalan Bangsar sekarang).

rumah Abdullah Hukum kat Kg Abdullah Hukum, Bangsar

Ketika tinggal di Sungai Putih, Abdullah Hukum membuka Bukit Candi Putra (kini Bukit Putera) yang menempatkan Kompleks Angkasapuri dan Kampung Kerinchi). Abdullah Hukum diangkat menjadi Ketua Kampung di Sungai Putih dengan persetujuan Penghulu dan Datuk Dagang. Selepas dilantik secara rasmi sebagai Ketua Kampung dan Penghulu, Abdullah Hukum menghentikan perniagaan kerbau kerana beban tugas semakin bertambah.

Ketika beliau menjadi Penghulu inilah Abdullah Hukum cuba menyatukan tiga kaum utama di situ – Melayu, Cina dan India. Sebagai menghargai kejayaannya itu, dia menamakan jalan utama di situ sebagai ‘Jalan Bangsa’ sempena penyatuan ketiga-tiga kaum. ‘Bangsa’ kemudian bertukar menjadi ‘Bangsar’. (sejarah nama bangsar ni ada banyak versi gak, kat wikipedia tulis lain)

Apabila meletus peperangan Selangor dan Pahang, Sultan Abdul Samad memanggil Abdullah Hukum untuk membantu melawan musuh baginda. Baginda melantik Abdullah Hukum yang juga Datuk Dagang sebagai panglima perang.

Sebagai menghormati jasa dan bakti Datuk Dagang, Sultan Abdul Samad mengurniakan sebidang tanah seluas satu perempat ekar kepadanya. Tanah itu terletak berhampiran Sungai Klang, satu kawasan strategik dari segi pertanian dan perhubungan. Di samping itu, Datuk Dagang dikurniakan kuasa untuk menyelesaikan masalah di kalangan penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Datuk Dagang menjadikan kawasan itu sebagai perkampungan tetap untuk pengikutnya. Kampung itu dinamakan Kampung Haji Abdullah Hukum sempena nama beliau. Ketika Abdullah Hukum datang ke kampung itu, pada 1890-an, pekerjaan utama penduduk di situ ialah bersawah padi dan bercucuk tanam.

Selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada 1898, Abdullah Hukum menumpukan baktinya kepada putera baginda, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Abdullah Hukum pulang ke Sumatera pada 1929, selepas menjadi ketua kampung selama tujuh atau lapan tahun. Menurut cerita, beliau meninggal dunia pada usia 125 tahun.

Haji Mahmud, seorang daripada enam anaknya mengambil tugas ketua kampung selepas bapanya mengundur diri. Cucunya, Kamaruddin Mahmud mewarisi pusaka kampung ini hingga sekarang, dan kesan peninggalan termasuklah sebuah rumah milik Abdullah Hukum masih ada di kampung Abdullah Hukum.

Kini, Kampung Abdullah Hukum terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur sudah jauh berubah. Harga tanah dan rumah kediaman di situ melambung berpuluh kali ganda. Sudah tidak ada orang yang bersawah padi atau berkebun sayur di situ lagi. Sungai Klang yang menjadi terusan di Kampung Haji Abdullah Hukum sekarang bukanlah aliran sungai yang asal. Sungai ini dulunya melingkari bahagian Jalan Syed Putra yang kini menjadi tapak pusat beli-belah Mid Valley.

Kita tidak mahu nama Abdullah Hukum, seorang peneroka awal penempatan Kuala Lumpur tertindih dengan tumpuan terhadap Kapitan Yap Ah Loy sehingga nama Abdullah Hukum turut terpadam di dalam lipatan sejarah Kuala Lumpur.

Demikian iltizam Abdullah Hukum yang menjadi ikon warisan sejarah Kuala Lumpur sejak penerokaannya dalam era 1850-an sehingga ke hari ini. Sejarah 50 tahun Malaysia merdeka tahun ini biarlah dirayakan tanpa meluputkan nama pejuang dan perintis bangsa yang banyak meninggalkan jasa, seperti Abdullah Hukum.



Mempertahankan legasi : cucu Abdullah Hukum menunjukkan rumah warisan tokoh itu

SEJARAH RINGKAS KG. KERINCHI K.LUMPUR

By : ABDUL HAKAM BIN JAMALUDDIN


Artikel ini diambil daripada kebenaran penulis hasil daripada kajian Latihan Ilmiah Pusat Pengajian Sejarah, Politik Dan Strategi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bagi mengkaji dan meneliti tentang sejarah pembukaan Kampung Kerinchi ini dapat dikenal pasti bahawa orang yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting dalam mengasaskan pembukaan tanah di Kampung Kerinchi dan kawasan di sekitarnya ialah Haji Abdullah bin Ahmad.[1] Kedatangan Haji Abdullah bin Ahmad ke Tanah Melayu bukanlah secara individu tetapi beliau telah datang ke mari dengan membawa isterinya serta ahli keluarga yang lain terutamanya mereka yang tinggal sekampung di tempat asal mereka iaitu Desa Tanjung Tanah, Kerinci. Haji Abdullah bin Ahmad telah datang bersama isterinya yang bernama Hajah Fatimah binti Haji Arfah. Beliau telah datang ke Tanah Melayu bersama keluarga beliau pada abad ke-19. Melalui perkongsian hidup di antara Haji Abdullah dan Hajah Arfah, mereka berdua telah dikurniakan tiga (3) orang anak iaitu Haji Ahmad, Hajah Halijah dan Aishah.

Pada asalnya sebelum datang ke Tanah Melayu, Haji Abdullah terpaksa menghadapi kehidupan yang susah di kampung asalnya. Kesusahan yang dialami di kampung asalnya telah mendorong beliau bersama isterinya untuk datang berhijrah ke Tanah Melayu. Tujuan utama kedatangannya ke Tanah Melayu adalah untuk mengubah nasib yang dialaminya. Manakala antara faktor lain yang turut menjadi pendorong utama pada ketika itu ialah ingin mengumpulkan wang bagi menunaikan haji di Mekah.[2]

Haji Abdullah juga dikatakan merupakan seorang yang alim dalam pengetahuan ilmu-ilmu agama Islam. Dikatakan bahawa beliau banyak membeli kitab-kitab agama bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dalam bidang agama. Kebanyakan kitab agama yang dibelinya dikarang menggunakan Bahasa Arab. Haji Abdullah juga dikatakan bahawa mampu bercakap dalam Bahasa Arab dengan fasih.[3] Kelebihan yang terdapat dalam dirinya ini telah membolehkan Haji Abdullah mengajar ilmu-ilmu agama kepada orang ramai terutamanya orang-orang Kerinchi dan orang lain. Menurut cucu dan cicitnya, beliau mempunyai anak murid yang ramai yang datang belajar ilmu-ilmu agama darinya termasuklah menantunya sendiri iaitu Haji Ali bin Haji Fakih.[4] Di Kampung Kerinchi ini beliau sangat dihormati oleh orang-orang Kerinchi dan masyarakat setempat berdasarkan kealiman dirinya. Sering kali nasihat yang diberikan kepada masyarakat diterima baik dan masyarakat setempat selalunya merujuk dirinya untuk meminta pandangan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dialami.

Haji Abdullah telah menjadi perintis kepada proses petempatan orang Kerinchi di Kampung Kerinchi. Beliau telah mendirikan rumahnya di Kampung Kerinchi di mana tapak rumah asalnya sekarang ini telah dibangunkan semula oleh pihak UDA. Walaupun begitu penerokaan tanah di Kampung Kerinchi telah dilakukan oleh Haji Abdullah dan orang-orang Kerinchi yang lain pada abad ke-19. ‘Kampung Kerinchi, situated beside the Federal Highway near University Malaya, was founded by a group of Sumatrans from Kerinchi in 1890s.[5]

Kedatangan Haji Abdullah ke Tanah Melayu tidaklah secara terus membuka petempatan di Kampung Kerinchi tetapi beliau telah meneroka dan membuka kawasan lain terlebih dahulu. Pada ketika itu kawasan yang menjadi tumpuan orang Kerinchi ialah di Bukit Nanas. Melihat kepada keadaan bentuk muka bumi di kawasan baru ini mempunyai banyak persamaan dengan kawasan asal membolehkan mereka terus membuka petempatan dan tinggal menetap di sini.

Orang Kerinchi merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan pergunungan tanah tinggi serta mempunyai darjah suhu yang rendah. Oleh itu, memandangkan bentuk muka bumi di kawasan baru ini terutamanya di Kuala Lumpur mempunyai ciri-ciri yang bersifat tanah tinggi telah mendorong mereka untuk meneroka kawasan baru ini. Hal ini kerana bentuk muka bumi kawasan Kuala Lumpur atau di sepanjang Lembah Klang merupakan kawasan yang berbukit dan mempunyai ciri-ciri tanah tinggi.

‘These Sumatrans had set foot on Malayan soil as early as the 1850s. The settled in Bukit Nanas and Sungai Besi, and grew pineapples. Later, they move on and ended up founding Kampung Kerinchi where they cleared land and cultivate vegetables, fruits and padi’.[6]

Semasa meneroka di Bukit Nanas, orang-orang Kerinchi telah menjalankan kegiatan menanam nenas sebagai aktiviti pertanian mereka. Oleh itu, nama Bukit Nanas telah diberikan sempena kegiatan penanaman nenas yang banyak disitu oleh orang-orang Kerinchi. Penerokaan orang Kerinchi di Bukit Nanas dapat dibuktikan dengan surat lantikan yang dibuat oleh Pengulu Kuala Lumpur kepada Haji Abdullah Hukum:

‘Bahawasa-nya adalah kita Raja Mahmood ibni almorhum Sultan Mohamed Selangor. Penghulu mukim Kuala Lumpur serta penolong kita Raja Hussin ibni Ra-ja Indut, telah mengangkat Haji Abdullah Hukom bin Haji Abdul Rahim, menjadi Datok Dagang di-dalam da’erah Bukit Nanas daripad-a bangsa Kerinchi dan Jambi sekalian-nya. Maka hendak lah mer-ika2, yang tersebut itu mengi-kut, apa apa yang menjadi jalan kebajikan diatas diri masing2, yang diperbuat uleh Dato Dagang s-eperti nasehat2, yang tersebut di-bawah ini’.[7]

Pernyataan di atas cukup membuktikan bahawa sebelum membuka kawasan di Kampung Kerinchi, orang Kerinchi sudah pun menjadi peneroka terawal di Kuala Lumpur disamping turut menyumbang kepada pembangunan Kuala Lumpur melalui aktiviti dijalankan.[8] Selepas mereka meneroka di Bukit Nanas, orang Kerinchi telah mengembangkan pengaruh mereka di kawasan lain sekitar Kuala Lumpur terutamanya di Pudu,[9] Kampung Kerinchi, Sungai Putih (Kampung Haji Abdullah Hukum) dan Petaling Jaya.

cerita orang mandailing tentang bukit nanas:

BUKIT NENAS - Bukit Nenas is a hillock that overlooks the confluence of the Gombak and Kling Rivers in Kuala Lumpur. A British historian notes that "the traditional seat of Malay authority in Kuala Lumpur was a stockade originally built in the 1860's on Bukit Nenas, and known after the civil war as 'Sutan Puasa's stockade' from the Malay headman who had once occupied it". Sutan Puasa was of course not a Malay headman but a leading Mandailing trader. The original name of Bukit Nenas, according to Mandailing oral tradition, was Bukit Gombak. It was renamed Bukit Nenas because during the civil war, the Mandailings planted pineapples on the hill slopes as a foil against advancing enemy troops.sources : http://www.mandailing.org/Eng/foudingofkl.html

------------------------------------------------------------------------------

[1] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 29.1.2008, Hajah Juriah bt. Abdullah pada 9.2.2008, Hajah Sapiah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Ismail@Mohd Yusuf b. Mat Kali pada 21.5.2008, Haji Yahya b. Mohammad pada 22.5.2008, Haji Idris b. Haji Ariffin pada 24.5.2008 dan Jamaluddin b. Omar pada 3.6.2008.

Md. Yusof b. Omar dan Jamaluddin b. Omar merupakan generasi keempat dan merupakan cicit kepada Haji Abdullah b. Ahmad manakala Hajah Juriah, Hajah Sapiah dan Hajah Reyah merupakan generasi ketiga dan cucu kepada Haji Abdullah b. Ahmad. Hajah Sapiah dan Hajah Reyah merupakan adik-beradik dan juga sepupu kepada Hajah Juriah. Haji Yahya pula merupakan cucu saudara kepada Haji Abdullah dan neneknya mempunyai adik-beradik kepada Hajah Fatimah iaitu isteri kepada Haji Abdullah. Manakala Haji Idris turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Hajah Fatimah bt. Haji Arfah, isteri kepada Haji Abdullah.

[2] Temubual dengan Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008

[3] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 13.5.2008.

[4] Temubual dengan Md. Yusof b. Omar pada 29.1.2008, Hajah Reyah bt. Haji Ahmad pada 17.5.2008, Ismail@Mohd Yusuf b. Mat Kali pada 21.5.2008

[5] Lam Seng Fatt, Insider’s Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Times Media Private Limited, 2000, hlm. 182.

[6] Ibid, hlm. 183.

[7] Selangor Secretariat 1668/1922

[8] C. W. Watson, Rawa and Rinchi: a further note, JMBRAS vol. 55, 1982, hlm. 88.

[9] Warta Ahad, 27 Oktober 1935.

Monday, March 2, 2009

Penubuhan Jemaah Ibubapa & Guru KAFAI AL-EHSANIYYAH

ajk lelaki,pengurusi che din..baju kuning.
ajk wanita;org rumah pun ada!









penubuhan jemaah ibubapa & guru diadakan pada hari ahad, 01hb mac 2009 bersamaan 04 rabiulawal 1430h, bertempat di dewan sekolah KAFA Integrasi AL-Ehsaniyyah taman impian ehsan,balakong, jam 9.30 pagi.
tujuan penubuhan JIBG:
1. untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah.
2. untuk membantu dan menambah usaha sekolah pada memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan kebendaan murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
3.untuk membolehkan ibubapa dan guru-guru di sekolah bertukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya.
4.untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.




ajk jemaah pengurusan sekolah

Tuesday, February 17, 2009

RAKAN




PENGUKIR SARUNG SENJATA MELAYU
Pengukir sarung senjata Melayu Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my
MENGUKIR hulu parang berbentuk kepala burung.Sampul lakukan kerja mengikut gerak hati dan tidak pernah mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu MOHD Sampul Din, 66. Namanya saja sudah cukup unik dan menarik, apatah lagi warga emas ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang boleh dikongsi bersama. Istilah sampul itu sendiri jika mengikut istilah Kamus Dewan merujuk kepada sarung, pembungkus atau penyalut. Nama itu sebenarnya sinonim dengan kemahiran yang dimiliki Sampul atau lebih dikenali dengan panggilan Atuk di kalangan penduduk Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor. Ia memang sesuai dengan kemahirannya membuat sarung parang, pisau dan keris yang siap lengkap dengan ukiran seni Melayu dengan pelbagai corak dan tema serta bergantung kepada permintaan pelanggan. Itulah kelebihannya yang tidak diwarisi tetapi dipelajari sendiri, hasil minat dan mencuba kehendak hati hingga berjaya menghasilkan ukiran seni yang boleh dibanggakan. Walaupun tidak mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu, Sampul mengakui dia bekerja mengikut gerak hati dan terus mencuba sehingga ke tahap sekarang iaitu mampu untuk menerima tempahan. ¡°Ini anugerah Allah. Tiada ahli keluarga yang membuat kerja ini, saya tak mewarisi daripada sesiapa, sekadar mencuba dan menjadi. Jadi, saya teruskan minat hingga ke hari ini. ¡°Mungkin kebetulan, nama Sampul, buat kerja pun dalam bidang berkaitan sarung parang,¡± katanya tersenyum. Datuk kepada enam cucu ini menjadikan ruang kecil di tepi rumahnya sebagai bengkel bekerja menyiapkan tempahan. Kebiasaannya, ia lebih kepada hulu dan sarung pisau serta parang yang digunakan untuk melapah lembu dan memotong daging.
Sarung keris pula lebih banyak digunakan untuk perhiasan. Walaupun beliau tidak membuat sendiri senjata berkenaan tetapi bersedia mengambil tempahan pelanggan dan akan menghantarnya ke bengkel membuat senjata di Kuala Selangor, Selangor. Peralatan yang digunakannya cukup mudah iaitu gergaji, beberapa bilah pisau kecil, kertas pasir dan tin semburan pewarna asli khas untuk kayu. Mengenai idea corak ukiran, bekas pekerja kilang ini menjelaskan ia bergantung kepada permintaan pelanggan tetapi kebiasaannya mereka lebih sukakan kepada corak yang sedia ada atau dibuat oleh Sampul. ¡°Susah nak cakap pasal idea corak ini. Ia boleh datang tiba-tiba. Kadangkala dalam tandas pun boleh datang ilham, duduk minum kopi dan atas motosikal pun boleh dapat. ¡°Bila dapat idea, saya akan terus lakarkan dalam buku, nanti hilang dalam ingatan. Bila dah ada idea, baru boleh mengukir sebab dah ada panduan dan asas nak buat,¡± katanya sambil menunjukkan sebuah buku nota berisi pelbagai lukisan dan corak lakaran sendiri. Pembuat sarung parang juga harus bijak memilih jenis kayu bagi memastikan bertepatan dengan pilihan pelanggan kerana setiap jenis kayu mempunyai corak serta warna tersendiri yang berbeza sekali gus menjadikannya lebih ekslusif. Kebanyakan kayu yang digunakan ialah jenis Surian, Rengas, Ciku, Cempedak, Meranti Bunga dan Menireh. Kayu itu diperoleh atau dibeli daripada rakan di sekitar Selangor. Kayu pilihan popular jenis Surian dibelinya di Lenggong, Perak. ¡°Kayu Surian paling mahal dan cantik manakala kayu Menireh memberikan pelanggan lebih banyak pilihan kerana warnanya bercampur aduk tetapi menarik. Jika disembur pewarna khas, coraknya akan lebih jelas,¡± katanya. Setiap tempahan biasanya akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan disebabkan kesibukan Sampul membantu hal keluarga termasuk menguruskan cucu yang tinggal bersamanya. Jika dibuat berterusan, ia boleh disiapkan dalam masa dua hingga tiga hari. Tegasnya, walaupun ada pelanggan yang hanya berminat dengan sarung tanpa corak, beliau tetap teliti dengan kerjanya bagi memastikan corak kayu asli kekal dan warnanya menyerlah selepas digosok dan diwarnakan. ¡°Kita perlu sembur cat sekurang-kurangnya tiga kali. Setiap kali selepas mengecat, mesti digosok dengan kertas pasir halus dan ia dilakukan berterusan,¡± katanya.
Selain mahir dalam menyediakan sarung parang secara tradisional, Sampul juga berkebolehan membuat sangkar burung dan perangkap burung untuk dijual. Info Sarung parang dan pisau Tema corak ukiran hulu dan sarung parang atau pisau: Harimau Naga Batik Tumbuhan Harga tempahan Antara RM200 hingga RM400 sepasang. Gam hulu keris: diperbuat daripada kopi dan pulut hitam atau putih.
Profil Mohd Sampul Din Usia: 66 Tarikh lahir: 1943 Asal: Bagan Datoh, Perak Isteri: Sabi Manan, 57, Anak: Mimi Zalila, 32 Sharul Nizan, 31 Zulkiflee, 30 Nazarina, 23 Cucu: 6 orang Pendidikan: Sekolah Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak (1957) Sekolah Batu 20, Bagan Pasir Laut, Bagan Datoh, Perak (1958)
NOTA:bekas rakan sekerja di Fima Metal Box/Carnaud Metalbox Pj satu ketika dulu..kilang tutup pada tahun 1996..sekarang ni dijadikan pameran kereta NAZA WORLD kepunyaan allahyarham Tan Sri Nasimuddin..beliau aktif dalam aktiviti lasak spt mendaki gunung,rock climbing dsbnya..merupakan orang yang paling tua di kalangan kami yang muda belia..
NOTA: UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM HASSAN OTHMAN (OSMAN BULAN) YG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA HARI KHAMIS 12 HB FEB 2009 DI SEKSEN 14 P.J. ALLAHYARHAM ADALAH BEKAS RAKAN SEKERJA DI FMBB PJ. SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA..AMIN..AL-FATIHAH.

Friday, February 6, 2009

SEKOLAH


anak sulong-tingkatan 1-5 (2006-2010)

http://smapkajang.net/



anak no 2,tingkatan 1-3 (2007-2009)
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (ASC)


SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA LUAR BANDAR 2008 KEBANGSAAN
LAMAN WEB BEKAS PELAJAR SEKOLAH TINGGI KAJANG
http://khsboys.webs.com/

Thursday, February 5, 2009

GAMBAR LANGAT BAGUS


Gunung Nuang

Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini dan sebahagian Banjaran Titiwangsa.
Tingginya 1493 meter (4,898 kaki) pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
• Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
• Dari Kampung Kemensah, Gombak.
• Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Genting Highland boleh dilihat dari puncak ini.Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dan gaung yang dalam dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan periharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.








Menara Tinjau dekat Bt 14 Jalan Ampang/Hulu langat
mempunyai kawasan perkemahan,medan selera,taman burung dll
jom...tinjau kuala lumpur dari atas menara ini...!


motor kuasa besar...


otai2 harley dividson sedang melepak....



the cafe lui...cafe yang jauh dari hiruk pikuk kota..
untuk keterangan lebih lanjut klik ke sini

http://thecafe-at-lui.blogspot.com/



rumah persinggahan datuk yusof haslam di bt 22 sg lui


gambar kaki air terjun sg gabai. kalau panjat naik ke atas melalui tangga yg disediakan,boleh main gelongsor2..seronoknya..jgn nak tunjuk terer nak gelongsor kt air terjun tingkat 1 atau 2..dah ada org mati..ada kemudahan disediakan spt surau,tempat persalinan,tandas,parking kena bayar tau.. jangan buang sampah merata2 dan jangan lupa jaga kebersihan.. air yg kita mandi tu..juga air yg kita minum bagi warga lembah kelang..!


air terjun sg gabai


petunjuk arah tempat rekreasi
gambar hutan rekrreasi sg congkak dan g.nuang menyusul kemudian..


IKBN DUSUN TUA ..dah lebih 40 th umur kem ni..

ada kolam air panas kat luar kem ni..


ada satu kolam air panas kat bt 16 dusun tua.kawasan persendirian..tak boleh tangkap gambar,hisap rokok,membawa makanan..jangan lupa hulur wang ringgit seberapa ikhlas.


resort utk bina semangat/motivasi di sg semungkis


sekolah swasta di bt 11 sg serai