Friday, August 7, 2009

selesema babi


ORANG ramai terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan
di Hospital Kajang semalam.


Hospital sesak gara-gara H1N1
Oleh ZULKIFLI MANZOR
dan NURUL IZZA ROSLY
berita@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Peningkatan kes kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini telah menyebabkan rata-rata hospital kerajaan sekitar Lembah Klang sesak sejak akhir bulan lalu gara-gara diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan mengenai wabak itu.

Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan bimbang orang ramai terhadap wabak itu lebih-lebih lagi jika terdapat simptom-simptom H1N1 pada diri mereka.

Wartawan Kosmo! yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 di Hospital Kajang kelmarin mendapati, orang ramai penuh sesak di hospital berkenaan yang rata-ratanya ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1.

Ramai di antara mereka yang terpaksa berdiri atau menunggu di luar ekoran kerusi yang disediakan tidak mencukupi selain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat berjumpa doktor.

Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu turut mengakui bilangan orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 bertambah berlipat kali ganda sejak kes kematian pertama di negara ini akibat wabak itu dilapor pada 21 Julai lalu.

Seorang pemandu lori, Mohd. Nazim Awang, 34, berkata, dia terpaksa menunggu lebih empat jam sebelum anak lelakinya berusia sembilan tahun dapat berjumpa doktor akibat demam.

Sementara itu, wabak H1N1 yang semakin menular meragut satu lagi nyawa semalam melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun dengan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di negara ini sehingga semalam.

bromatt:aku turut berada di hospital kajang malam tadi,mendaftar anak lelaki pukul 10.00 malam,jam 2.50 pagi baru selesai anak mendapat rawatan..lama menunggu,mata macam digam2 tunggu giliran...

minggu lepas dua orang anak perempuan kena demam,sekolah terpaksa tutup satu minggu..

Wasiat Raja Melayu

7 wasiat raja Melayu

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Allahyarham Prof Syed Hussein Alatas berjudul Mitos Pribumi Malas, Keintelektualan Masyarakat Membangun dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Raja Nazrin bertitah, wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah.

Titahnya, fasal-fasal terbabit ialah Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1), yang memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titahnya.

Raja Nazrin turut menyarankan supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melaksanakan usaha menerbitkan semula tulisan yang dihasilkan di zaman pra dan pasca merdeka bagi memastikan generasi muda tidak buta sejarah serta asal-usul bangsa.

Baginda bertitah, selain berperanan memberi pemahaman terhadap generasi muda mengenai pembinaan negara bangsa, langkah menerbitkan hasil karya lama juga akan memastikan khazanah negara itu tidak lenyap ditelan zaman.

"Beta mendengar Allahyarham Ishak Haji Mohamad ada menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi Beta sendiri sehingga sekarang tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku itu.

"Bahan bacaan seperti itu amat penting bukan saja diterbitkan semula, tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat pengajian supaya generasi muda tidak lupa sejarah," titah baginda.

Sunday, August 2, 2009

Piala Selangor 2009

>BARISAN Selangor bergembira selepas berjaya menjuarai Piala Selangor dengan menewaskan Persib Bandung 2-0 di Stadium Shah Alam hasil jaringan pemain undangan dari Indonesia, Bambang Pamungkas. - UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM - Pesta kejayaan Selangor selepas memenangi tiga piala Liga Malaysia berterusan dengan satu lagi kejuaraan, Piala Selangor 2009 setelah mengalahkan kelab Indonesia, Persib Bandung 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Sekalipun tiada kaitan dengan Liga Malaysia, Gergasi Merah tetap megah menjulang kejuaraan edisi sulung itu di depan 50,000 penonton sekali gus membawa pulang ganjaran RM30,000 selaku juara.

Namun, agak menghampakan pesta itu diukir oleh dua jaringan pemain Indonesia, Bambang Pamungkas yang diundang mewakili semula Merah Kuning yang ditinggalkannya pada penghujung musim 2006.

Sebaik wisel dimulakan, Selangor hampir membuka tirai jaringan seawal minit pertama tetapi percubaan Bambang berjaya dihalang pertahanan Persib Bandung, Nova Arianto.

Persib melakukan percubaan pertama pada minit kelima. Namun, sepakan penyerang import dari Uruguay, Christian Alfaro Gonzales terus ke dakapan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pada minit ke-28, Hamsani bertindak cemerlang apabila berjaya menepis keluar bola sepakan lambung berbahaya Maman Abdulrahman dari luar kotak penalti.

Selangor turut memperolehi peluang pada minit ke-41 tetapi percubaan R. Surendren hasil lorongan Elie sedikit sipi dari gawang Persib yang dikawal ketua pasukannya, Cecep Supriyatna.

Pada minit ke-44, berlaku keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Selangor dan percubaan terakhir oleh Siswanto sekadar tinggi melepasi gawang tatkala Hamsani sudah pun terkeluar dari posisinya.

Ketika masa kecederaan separuh masa pertama, rembatan cantik Safee Sali dari luar kotak penalti pula hanya sedikit melepasi palang gol Persib untuk kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan tanpa sebarang gol.

Tiada pertukaran dilakukan kedua-dua jurulatih, K. Devan bagi Selangor dan Robbie Darwis bagi Persib apabila mereka memulakan saingan babak kedua.

Gol pertama Selangor akhirnya terhasil pada minit ke-56 menerusi jaringan Bambang selepas pemain Persija Jakarta itu pantas menolak masuk bola lorongan Safee dari sebelah kiri untuk menewaskan Cecep di gawang Persib.

Hanya empat minit selepas itu, Selangor memperolehi gol kedua juga menerusi jaringan Bambang yang menyempurnakan bola lorongan Elie hasil satu serangan balas pantas selepas sepakan sudut Persib.

Pada minit ke-66, Selangor hampir menambah gol ketiga tetapi sepakan cantik Elie yang kini beraksi untuk PSMS Medan berjaya pula ditepis keluar oleh Cecep.

Piala disampaikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Wednesday, July 29, 2009

arwah nenek

JUMAAT,17 JULAI 2009

HARI NI AKU BELAJAR SEPERTI BIASA DI SEKOLAH.SUBJEK FIRST PADA HARI NI ADALAH BIOLOGI.KAMI HARUS PERGI KE LAB.TAJUK HARI NI ADALAH SUB-CHAPTER UNTUK CHAPTER 6 IAITU DIGESTION.HABIS KELAS PUKUL 8.50 PAGI . AKU RASA SEGAR PADA HARI NI. BIASANYA MENGANTOK DALAM KELAS. AKU BELEK JAM.KULIHAT JAM MENUNJUKKAN PUKUL 8.30 PAGI. TAK LAMA LEPAS TU, SYUHADAH DAN HUSNA DATANG. AKU BERASA HAIRAN. TIDAK MENYANGKA TUJUAN MEREKA DATANG ADALAH UNTUK BERJUMPA DENGAN AKU.NAMAKU DIPANGGIL.MEREKA DATANG KEPADAKU.PELIK SANGAT.HUSNA MEMBERITAHUKU BAHAWA NENEK AKU MENINGGAL DUNIA.” MIRA, NENEK ANTI MENINGGAL’’ DENGAN SPONTAN, “HA!!” AKU MEMBALAS.TIDAK PERCAYA DENGAN BERITA YANG AKU DAPAT.” TIPU!! TIPU!! ANA TAK PERCAYA..” “ BETUL.. SYUHADAH MENGIAKAN KATA-KATA HUSNA.” ADIK ANTI TENGAH TUNGGU DEKAT LUAR.MAK ANTI PUN ADA.” HUSNA MEMBERITAHUKU.” JOM!! CEPAT, MAK ANTI TUNGGU..” MEREKA SEGERA MENGEMAS BUKU-BUKUKU. KAMI KELUAR DARI LAB. SESUDAH KELUAR, KULIHAT BETUL-BETUL BERDIRI DIDEPANKU ADALAH ADIK-ADIKKU,ADLIN DAN AIZAT. AKU TERHENTI LANGKAH DAN SAYU MEMANDANG MEREKA.MATAKU MULA BERGENANG. RUPA-RUPANYA AKU BUKAN BERMIMPI. AKU TURUN KEBAWAH. KULIHAT MAMA. AKU MASIH LAGI TERKEJUT DENGAN BERITA INI.SUSAH UNTUK AKU MENERIMANYA. TAPI,ITULAH KENYATAANNYA.NENEKKU SUDAH TIADA.AKU TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATAKU.”SUDAH,PERGI SIAP-SIAP KEMAS BARANG.NAK BALIK KAMPUNG.”ARAH MAMA KEPADAKU.AKU TIDAK TERKATA.BERMACAM-MACAM PERSOALAN YANG BERLEGAR DALAM FIKIRANKU.KAMI TERUS PULANG KE ASRAMA.AKU TERUS MENGEMAS PAKAIAN-PAKAIANKU.AKU PUN MENINGGALKAN SEKOLAHKU TEPAT PUKUL 8.55 PAGI. BERMACAM-MACAM SOALAN YANG AKU LONTARKAN KEPADA MAMA. KAMI SAMPAI KERUMAH DALAM PUKUL 9.30 PAGI.SEBAIK SAHAJA KAMI TIBA, AKU DAN ALIN DIARAH UNTUK MENYETERIKA BAJU KURUNG DAN MENYIAPKAN APA YANG PATUT. DALAM PUKUL 11.30 PAGI KAMI BERTOLAK. ABAH DAN ZAFRY SUDAH ADA DIKAMPUNG SEJAK SEMALAM.MAMA TERUS MEMBAWA KAMI KE MASJID DIMANA KERANDA NENEK SUDAH TERSEDIA DISITU. SAYU HATIKU KERANA TIDAK SEMPAT UNTUK MELIHAT MUKA NENEK BUAT KALI TERAKHIR.KAMI KEMUDIANNYA PERGI KERUMAH NENEK.KESEMUA ANAK-CUCU NENEK ADA DISITU KECUALI MAKSU YANG MASIH DALAM PERJALANAN PULANG KESINI DARI LANGKAWI. ORANG-ORANG LELAKI PERGI KEMASJID MANAKALA KAUM PEREMPUAN DUDUK DIRUMAH.DALAM PULUL 2.15 PETANG,KAMI SEMUA BERSIAP SEDIA UNTUK PERGI KEKAWASAN TANAH PERKUBURAN.BUAT PERTAMA KALINYA DALAM SEUMUR HIDUPKU, AKU DAPAT MENYAKSIKAN SENDIRI DENGAN KEDUA-DUA MATA KASARKU BAGAIMANA JENAZAH NENEK DIKUBURKAN.AKU TAKKAN SESEKALI MELUPAKAN SAAT INI.ABAH,PAK CIK IBRAHIM , DAN ORANG KAMPUNG BERTUNGKUS-LUMUS MENGURUSKAN PENGEBUMIAN INI. MAKSU YANG BARU DATANG KULIHAT SEDANG MENANGIS.JENAZAH DIKELUARKAN DARI KERANDA.KEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM LIANG LAHAD. GUMPALAN-GUMPALAN TANAH DIMASUKKAN. AKHIRNYA, TANAH DITIMBUS SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA TIDAK KELIHATAN JENAZAH NENEKKU. AKU MENCURI MENGAMBIL GAMBAR.AKHIRNYA, SETELAH SELESAI PENGEBUMIAN, BACAAN TALKIN DIADAKAN. KESEMUA ORANG DUDUK DISERATA TEMPAT.KULIHAT ABAHKU.TENTU DIA SANGAT SEDIH DENGAN PEMERGIAN IBUNYA.TAMBAH-TAMBAH LAGI ABAHKU MERUPAKAN SATU-SATUNYA ANAK LELAKI.SELEPAS KETIADAAN ATUK DAN NENEK,ABAHKU BERTINDAK SEBAGAI KETUA KELUARGA. SANGAT BERAT TANGGUNGJAWAB ITU UNTUK DIPIKUL.KIRA-KIRA DALAM PULUL 3.00 PETANG, TALKIN SUDAH HABIS DIBACA DAN SEMUA ORANG BERANSUR-ANSUR PULANG.”SEBELAH NI KUBUR ATUK.” KATA ABAHKU KEPADA AKU DAN ALIN.” BACALAH AL-FATIHAH.” KUBUR ATUK DISEBELAH NENEK. AKU ORANG TERAKHIR MENINGGALKAN KUBUR NENEK.AKU SEMPAT MENGAMBIL GAMBAR. 7 LANGKAH KAKI KUKIRA.AKU TERUS MELANGKAH MENINGGALKAN KAWASAN PERKUBURAN BERSAMA KELUARGAKU DAN YANG LAIN.

amiera,SMAP Kj