Tuesday, June 2, 2009

mati kerana rebut harta pusaka

Lelaki mati ditetak rebut pusaka

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mati ditetak dengan parang selepas bergaduh dipercayai akibat perebutan harta pusaka di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nenas, dekat Pontian, di sini, hari ini.

Tahir Zainal, 41, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Muzammil Hashim, ketika dihubungi berkata polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 1.30 petang di rumah pusaka arwah ibu mangsa, Tahir dan isterinya ke sana untuk menyelesaikan masalah harta pusaka bersama dua saudara terdekatnya.

"Tahir yang berang apabila pintu rumah itu berkunci bertindak mengambil kuku kambing dari keretanya untuk memecahkan pintu rumah dan apabila gagal dia mengambil kapak untuk cuba membuka pintu sambil memarahi dan mencabar saudara-saudara terdekatnya itu," katanya.

Beliau berkata, tindakan Tahir menyebabkan seorang saudara terdekatnya itu bertindak mengambil sebilah parang dan sebatang tajak kelapa sawit sebelum pergi ke arah Tahir yang ketika itu bergerak ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang.

"Apabila dia menghampiri Tahir, Tahir bertindak menyerang lelaki itu dengan kuku kambing menyebabkan lelaki terbabit menghayunkan parang menetak sebelah kiri badan Tahir," katanya.

Muzammil berkata, lelaki terbabit kemudian menghubungi polis dan ambulans. - Bernama

3 comments:

bro.matt said...

salam takziah...al-fatihah

den riso gak ni...takut tjadi kat keluarga den..
Ya Allah mintak dijauhilah...

bro.matt said...

Sabda Rasulullah SAW ;

" Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku..."

bro.matt said...

“Barangsiapa yang membunuh seseorang, maka si pembunuh itu tidak boleh mewarisinya, walaupun yang mati itu tidak punya ahli waris selain si pembunuhnya, walaupun yang mati itu bapa atau anak kepada si pembunuhnya. Bagi pembunuh tiada ada hak mewarisi “ (H.R. Ahmad)