Saturday, December 26, 2009

PMR 2009



PMR: 28,188 peroleh semua A

PUTRAJAYA 24 Dis. - Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini adalah lebih baik dengan seramai 28,188 orang atau 6.37 peratus calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Semua mata pelajaran menunjukkan peningkatan dari segi jumlah calon yang mendapat gred A kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Kemahiran Hidup (Perdagangan dan Keusahawanan).

Dari segi ukuran gred purata mata pelajaran (GPMP) pula, semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Punjabi telah meningkat atau tidak berubah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, seramai 63.65 peratus daripada 442,721 calon PMR berjaya mencapai minimum gred D dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 62.93 peratus pada 2008.

Beliau berkata, jumlah pelajar yang mendapat gred E atau sangat lemah dalam semua mata pelajaran pula menunjukkan penurunan daripada 440 orang (0.10 peratus) pada 2008 kepada 397 (0.09 peratus) tahun ini.

''Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR 2009 adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, jurang keputusan PMR di kawasan luar bandar dengan kawasan bandar juga semakin rapat dengan pengucupan beza nilai gred purata nasional (GPN) antara calon bandar dengan luar bandar daripada 0.3 kepada 0.29.

''Dari segi pencapaian cemerlang iaitu semua gred A, jurang calon bandar dan luar bandar bagaimanapun meningkat daripada 5.11 peratus kepada 5.22 peratus.

Tambahnya, pencapaian calon istimewa pula meningkat dengan seramai tujuh orang (0.59 peratus) memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding enam (0.57 peratus) orang pada 2008," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran buat pertama kalinya memperkenalkan Pendidikan Kesenian dalam empat bidang iaitu Tari, Muzik, Teater dan Seni Visual di Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

''Pencapaian keempat-empat bidang kesenian ini ditaksir oleh guru dan pentaksir luar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya.

''Seramai 84 orang daripada 624 calon Pendidikan Kesenian telah mendapat Band Empat iaitu Band yang tertinggi dan seramai 12 orang calon sekolah seni memperoleh gred A dalam semua pelajaran yang diambil dalam PMR," katanya.

sumber:UM

nota: anak perempuan bro. dpt 6A3B..tahniah!
tahniah kepada pelajar2 cemerlang dan juga warga pendidik SMK jalan tiga..
tahniah juga kepada pelajar cemerlang SMK BB Bangi..antara 10 sekolah harian terbaik..
tahniah kpd SMAP Kajang(SBP-sekolah kluster kecemerlangan).. antara 10 sekolah aliran agama terbaik..sekolah anak bro. belajar..hehehe!

3 comments:

PINATBATE said...

tahniah!!
semuga bertambah cemerlang pada masa akan datang..

bro.matt said...

terima kasih...
harap2 anak kak pinat cemerlang juga..amin..

bro.matt said...

anak nak tukar sekolah pulak..dah elok duduk KAA,(tajaan Yayasan Selangor).. tukar ke aliran teknik pulak..
semalam pi daftar kat SM teknik sepang..
sekolah kat ladang kelapa sawit,sekolah cantik,jauhhhhhh dari bandar,tempat bagus,sejuk dan nyaman..
budak2 sekolah ramah tamah..tak putus2 memberi salam..sampai tak menang mulut menjawabnya...