Monday, April 5, 2010

lagu sorak

kursus pemimpin rumah sukan SBP
di sms muzaffarsyah melaka pada
27-30hb mac 2010



Saturday, March 20, 2010

cuti2 pengkalan balak







HARI KELUARGA RELA HULU LANGAT
13 MAC 2010

KAMI SEKELUARGA BERSIAP-SIAP KE BANGI KERANA SEMUA ANGGOTA RELA DAN KELUARGA MASING-MASING DI DAERAH HULU LANGAT AKAN BERKUMPUL DISINI KERANA KAMI MENYERTAI HARI KELUARGA RELA DI PENGKALAN BALAK,MELAKA.KELIHATAN KELUARGA EN.FADZIL DAN KELUARGA EN.ARIS YANG MERUPAKAN JIRAN-JIRAN AKU TURUT SERTA DALAM AKTIVITI INI.KAMI DIFAHAMKAN AKAN BERAMAI-RAMAI MENAIKI BAS UNTUK KE DESTINASI YANG INGIN DITUJUI.TIDAK LAMA KEMUDIAN, BAS YANG DITEMPAH KHAS UNTUK PENGANGKUTAN KAMI KE MELAKA TIBA.KAMI DIBERI TAKLIMAT OLEH ANGGOTA RELA YANG BERTUGAS SEBELUM BERTOLAK.KIRA-KIRA DALAM PUKUL 10.24 PAGI


BAS MULA BERGERAK.KEADAAN DALAM BAS RIUH SEKALI KERANA SEMUA ORANG GEMBIRA DENGAN ‘TRIP’ INI. KONDISI BAS YANG SELESA DAN MENYAMANKAN MEMBUAT ORANG ‘DIAM’ SEKETIKA.KAMI TIBA DI MELAKA KETIKA MATAHARI TEGAK DIATAS KEPALA.TEMPAT PENGINAPAN KAMI UNTUK SEMALAMAN IALAH MUARA BIDARA RESORT.SETIAP DUA KELUARGA AKAN DIBERI KUNCI BILIK.AKU DAN KELUARGA DIBILIK NO. 5.KAMI BERKONGSI BILIK DENGAN EN.LATIF,ISTERI DAN DUA ORANG ANAKNYA YANG MASIH KECIL.SELEPAS MAKAN TENGAH HARI YANG TELAH DISEDIAKAN UNTUK KAMI SEMUA DISINI,AKU DAN KELUARGA PERGI MENUNAIKAN SOLAT ZUHUR.


KAMI DIMINTA BERKUMPUL DI LAMAN PADA JAM TIGA PETANG.TERDAPAT PELBAGAI ACARA UNTUK ANAK-ANAK KECIL DAN IBU BAPA.AKU BERASA LUCU MELIHAT GELAGAT ADIK-ADIK KECIL YANG MENYERTAI PERTANDINGAN MENIUP BELON DAN MENIUP TEPUNG UNTUK MENDAPATKAN GULA-GULA.ZAFRY DAN AIZAT MENYERTAI ACARA INI DAN MENDAPAT SAGUHATI.SETELAH SELESAI ACARA MEREKA,TIBA PULA GILIRAN IBU BAPA.AKTIVITI PERTAMA IALAH MENGANYAM KETUPAT. MAMA MEMASUKI PERTANDINGAN INI TETAPI TIDAK BERJAYA MEMENANGINYA.AKU DAN ADIK-ADIKKU BERSIAR-SIAR DITEPI PANTAI SEHINGGA PETANG.


PADA SEBELAH MALAM,SELEPAS ISYAK,SEMUA ORANG DIARAH UNTUK BERKUMPUL DI KHEMAH.MAKANAN-MAKANAN TELAH DISEDIAKAN.ANTARANYA IALAH SATE AYAM DAN DAGING,KUAH KACANG BESERTA NASI IMPIT.AYAM BAKAR TURUT DISEDIAKAN BERSAMA NASI GORENG.PERTANDINGAN KARAOKE DIADAKAN DAN RAMAI YANG MENYERTAI TIDAK KIRA PEREMPUAN MAHUPUN LELAKI,DEWASA ATAUPUN KANAK-KANAK.CABUTAN BERTUAH JUGA DIJALANKAN SEBAGAI SELANGAN PERTANDINGAN MENYANYI.ACARA
DIHENTIKAN SEKETIKA DENGAN MEMBERI LALUAN KEPADA AKTIVITI BOTOL BERACUN.AKU MULA MERASA MENGANTUK DAN INGIN PULANG KE BILIK.TIBA-TIBA BOTOL ITU BERHENTI PADAKU KETIKA MUZIK DIHENTIKAN.AKU DISURUH TAMPIL KEHADAPAN. EMPAT ORANG YANG TERPILIH TERMASUK AKU DIKENAKAN DENDA MINUM AIR ‘COKE’ DALAM BOTOL SUSU.ARGHH!!..AKU BERSA SANGAT MALU.BANYAK KAMERA YANG MERAKAM ‘AKSI’ KAMI BEREMPAT DIATAS PENTAS.AKU DAN DUA ORANG LAGI HANYA MENDAPAT PEN SAGUHATI.SELEPAS ITU,AKU TERUS BERASA SEGAR.MENYESAL TIDAK BALIK LEBIH AWAL.ACARA PADA MALAM INI TAMAT PADA PUKUL 12.30 MALAM.




14 MAC 2010

AWAL-AWAL PAGI LAGI KAMI SUDAH BANGUN.DINGIN SUNGGUH MALAM SEMALAM.ABAH,EN.LATIF DAN KAUM LELAKI RAMAI-RAMAI TIDUR DI SURAU BERHADAPAN BARISAN BILIK.SELEPAS BERSARAPAN,SEMUA ORANG BERSIAP DENGAN PAKAIAN SUKAN KERANA PADA PAGI INI ADA AKTIVITI SENAMAN DAN POCO-POCO.AKU DAN ADIK PEREMPUANKU MENYERTAINYA.SEMUA ORANG BERKUMPUL DAN AKTIVITI PEMANASAN DIMULAKAN.SETELAH ITU,MUZIK UNTUK SENAMAN POCO-POCO DIPASANG.SENAMAN INI DIKETUAI OLEH SEORANG ANGGOTA RELA.


KELIHATAN HANYA SEGELINTIR YANG TAHU MENGENAINYA.SEJURUS SELEPAS ITU,SEDIKIT DEMI SEDIKIT ORANG MULAI KELUAR.HANYA AKU,ADIKKU,DAN BEBERAPA ORANG PESERTA YANG MASIH BERTAHAN.LAMA JUGA SENAMAN INI DILAKUKAN SEHINGGA BERPELUH DIBUATNYA.ACARA PADA PAGI INI DITAMATKAN KIRA-KIRA PUKUL 9.15 PAGI.


ACARA BEBAS BOLEH DILAKUKAN SELEPAS ITU.ADA YANG BERMAIN BOLA TAMPAR PANTAI.AKU TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK KE PANTAI.RAMAI KANAK-KANAK MEMBASAHKAN DIRI.PADA MULANYA AKU HANYA INGIN MENGAWAL PERGERAKAN ADIK-ADIKKU.TETAPI,TIDAK LAMA KEMUDIAN,TIMBUL KEINGINANKU UNTUK TURUT SERTA MENYERTAI MEREKA.KAMI BERMANDI-MANDA,BERENANG KEHULU-HILIR,DAN MENYELAM.AKU DAN ADIKKU MEMBINA ISTANA PASIR BESERTA TEMBOKNYA.AKU MENGAJAK AINA SAKINAH,ANAK EN.LATIF UNTUK MENULIS NAMA DIATAS PASIR.



MASA TERUS BERLALU DAN KAMI MENYEDARI CUACA MULAI PANAS.AKHIRNYA,KAMI BERHENTI MANDI DI PANTAI.WAKTU MAKAN TENGAH HARI SEMAKIN HAMPIR DAN KAMI HARUS MEMBERSIHKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN.MAMA MENGEMAS DAN MENYIAPKAN BARANG-BARANG KERANA SELEPAS ZUHUR KAMI SEMUA AKAN PULANG.SEMUA ORANG BERKUMPUL DI LAMAN UTAMA DENGAN BEG PAKAIAN MASING-MASING.KATA-KATA AKHIR DIUCAPKAN DARIPADA ANGGOTA RELA YANG BERTUGAS.


KAMI MULA BERTOLAK PULANG PADA PUKUL 2.30 PETANG.PERJALANAN PADA PETANG ITU AMAT MELETIHKAN.DITAMBAH LAGI DENGAN CUACA YANG SANGAT PANAS.PERJALANAN PERGI BALIK DIIRINGI OLEH 3 ORANG PENGIRING YANG MENAIKI MOTOR BERKUASA TINGGI.KAMI SELAMAT SAMPAI DI BANGI SETELAH BERADA DI ATAS JALAN LEBIH KURANG DUA JAM SETENGAH.SELEPAS ITU,SEMUA KELUARGA PULANG KERUMAH MENAIKI KENDERAAN MASING-MASING.WALAUPUN ‘TRIP’INI HANYA SEKEJAP,AKU BERASA SANGAT SERONOK DAN TAK MUNGKIN AKAN MELUPAKAN PENGALAMAN INI.


SEKIAN.
(AMIERA)

Wednesday, February 10, 2010

BUDAK SEKOLAH SAMSENG

4 pelajar samun ditahan


GOMBAK: Tindakan empat pelajar sebuah sekolah menengah di Selayang menyamun seorang lelaki Pakistan di Jalan Sungai Tua berhampiran simpang masuk ke Taman Jasa di sini mengundang padah apabila mereka yang berpakaian seragam sekolah dicekup polis, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terserempak kumpulan terbabit sedang memukul mangsa.


Bagaimanapun, mereka cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.


Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis yang mendapati suspek cuba melarikan diri kemudian mengejar mereka sebelum menahan seorang daripada kumpulan itu selepas terjatuh dari motosikalnya.


“Susulan penahanan suspek pertama, polis mengesan identiti dan lokasi persembunyian tiga lagi rakannya dan menahan mereka kira-kira tiga jam kemudian dan menemui semula pelbagai barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit, wang tunai dan salinan pasport,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, siasatan awal mendapati semua suspek berusia 17 tahun itu masih menuntut di sebuah sekolah menengah di Jalan Sungai Tua di sini dan penahanan mereka sudah dimaklumkan kepada ibu bapa masing-masing.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia lingkungan 30-an dalam perjalanan ke tempat kerjanya sebelum dihampiri kumpulan pelajar terbabit sebelum memukul dan melarikan barangan peribadi miliknya. Berikutan itu, mangsa dikatakan cedera di kepala dan beberapa bahagian badan.


Abdul Rahim turut mengesahkan sudah menerima laporan polis dibuat mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

sumber: harian metro

nota: apa nak jadi budak sekolah sekarang ni bro. anak bapak penyamun ke?

Thursday, January 28, 2010

BUDAK SEKOLAH SAMSENG

Empat pelajar serang pelajar sekolah lain di kantin

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Hanya kerana salah faham, empat pelajar sekolah menengah bertindak nekad menceroboh sekolah menengah lain di Selayang untuk membelasah seorang pelajar tingkatan lima di kantin sekolah itu hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat itu, empat pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Selayang menceroboh SMK Taman Selayang kerana tidak berpuas hati dengan seorang pelajar sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa didatangi keempat-empat pelajar terbabit ketika berada di kantin sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.

"Pergaduhan bertambah panas apabila mereka mula membaling kerusi, tong sampah, pasu bunga serta batu dan akibatnya, beberapa pelajar di sekolah itu turut masuk campur serta membaling objek.

"Objek-objek itu terkena dan mencederakan beberapa pelajar yang terlibat dan juga yang menjadi mangsa keadaan sebelum dileraikan oleh guru-guru sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata seramai 20 pelajar yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk diambil keterangan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA

nota: tuan bro.keegan, masa zaman kita sekolah dulu tak seteruk budak zaman sekarang..

kita rugged2 jugak...tapi rugged ada kelas...!!

Saturday, January 16, 2010

gerhana matahari separa

Orang ramai saksi gerhana matahari

KUALA TERENGGANU: Lebih 1,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Universiti Darul Iman (UDM) di Gong Badak di sini, semalam menyaksikan fenomena gerhana matahari anulus atau cincin yang disifatkan istimewa kerana tidak pernah berlaku pada Jumaat sebelum ini.

Pensyarah Unit Falak UDM, Dr Baharrudin Zainal, berkata sempena fenomena gerhana matahari itu, masjid UDM turut diimarahkan dengan kehadiran hampir 200 jemaah wanita untuk menunaikan solat Jumaat dan mendengar dua khutbah, iaitu khutbah Jumaat serta khutbah gerhana.

Beliau berkata, fenomena berlangsung kira-kira dua setengah jam itu bermula jam 3.07 petang untuk fasa pertama menyaksikan bulan mula menyentuh dan melitupi matahari, diikuti fasa kemuncak pada jam 4.30 petang apabila bulan melindungi matahari sebanyak 31 peratus, sebelum tamat pada jam 5.43 petang apabila bulan keluar dari matahari.

Sementara itu, di LANGKAWI, kira-kira 1,500 orang berkumpul bagi menyaksikan gerhana matahari separa yang berlaku petang semalam, di tempat letak kereta Kompleks Pekan Rabu, di sini.

Cuaca cerah sejak awal pagi membolehkan orang ramai membuat pencerapan menggunakan enam teleskop berkuasa tinggi yang disediakan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) selain melihat imej gerhana pada tiga skrin.

Tinjauan Berita Harian, mendapati orang ramai mula berkumpul di kawasan berkenaan sejak jam 2 petang dan mula bersurai kira-kira jam 5 petang selepas gerhana makin hilang dari alat pencerapan.

Sumber:BH

http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/index.php


Thursday, January 14, 2010

makanan sekolah berasrama

Peruntukan makanan sekolah asrama 240 hari

PULAU BANGGI (Kudat): Kementerian Pelajaran akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari setahun dalam tempoh terdekat selepas mengambil kira kesukaran ibu bapa menyediakan perbelanjaan tambahan anak mereka pulang ke rumah setiap minggu berikutan asrama tidak menyediakan makanan setiap Sabtu dan Ahad.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian turut mengambil kira pelajar daripada keluarga miskin yang tidak mampu membayar tambang pergi dan balik ke rumah setiap minggu atau menyediakan duit tambahan membeli makanan.

Beliau berkata, aspek keselamatan pelajar yang terpaksa pulang setiap hujung minggu turut diberi pertimbangan kerana mereka biasanya bersendirian, termasuk ke kawasan pedalaman.

"Sehubungan itu, kementerian akan menambah semula peruntukan makanan bagi sekolah berasrama kepada 240 hari berbanding 200 hari setahun yang ditetapkan sebelum ini.

"Pada masa sama, kementerian akan meneruskan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk membantu murid dalam kelompok Ketua Isirumah Miskin Tegar (KIRMT)," katanya di Jeti Karakit di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Puad melawat tiga sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pulau Banggi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit, SK Batu Layar, SK Look Tohok dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi.

Tiga lagi sekolah di daerah pedalaman di utara Sabah turut dilawati beliau iaitu SMK Kanibongan dan SK Kanibongan, Pitas yang bekongsi bangunan dan SMK Tandek, Kota Marudu.

Mengikut Pekeliling Kementerian Pelajaran tahun lalu, berlaku pengurangan peruntukan makanan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 250 hari bagi sekolah pendidikan khas berasrama berbanding 270 hari sebelumnya.

Peraturan itu turut merangkumi ibu bapa atau penjaga berpendapatan RM5,000 ke atas yang perlu membayar RM3 sehari, manakala berpendapatan bawah RM4,999 pula RM1 sehari.

Arahan itu membabitkan asrama di sekolah harian, sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah teknik dan vokasional, sekolah sukan dan seni.

sumber:BH