Tuesday, February 17, 2009

RAKAN




PENGUKIR SARUNG SENJATA MELAYU
Pengukir sarung senjata Melayu Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my
MENGUKIR hulu parang berbentuk kepala burung.Sampul lakukan kerja mengikut gerak hati dan tidak pernah mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu MOHD Sampul Din, 66. Namanya saja sudah cukup unik dan menarik, apatah lagi warga emas ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang boleh dikongsi bersama. Istilah sampul itu sendiri jika mengikut istilah Kamus Dewan merujuk kepada sarung, pembungkus atau penyalut. Nama itu sebenarnya sinonim dengan kemahiran yang dimiliki Sampul atau lebih dikenali dengan panggilan Atuk di kalangan penduduk Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor. Ia memang sesuai dengan kemahirannya membuat sarung parang, pisau dan keris yang siap lengkap dengan ukiran seni Melayu dengan pelbagai corak dan tema serta bergantung kepada permintaan pelanggan. Itulah kelebihannya yang tidak diwarisi tetapi dipelajari sendiri, hasil minat dan mencuba kehendak hati hingga berjaya menghasilkan ukiran seni yang boleh dibanggakan. Walaupun tidak mempunyai guru dalam seni membuat sarung parang daripada kayu, Sampul mengakui dia bekerja mengikut gerak hati dan terus mencuba sehingga ke tahap sekarang iaitu mampu untuk menerima tempahan. ¡°Ini anugerah Allah. Tiada ahli keluarga yang membuat kerja ini, saya tak mewarisi daripada sesiapa, sekadar mencuba dan menjadi. Jadi, saya teruskan minat hingga ke hari ini. ¡°Mungkin kebetulan, nama Sampul, buat kerja pun dalam bidang berkaitan sarung parang,¡± katanya tersenyum. Datuk kepada enam cucu ini menjadikan ruang kecil di tepi rumahnya sebagai bengkel bekerja menyiapkan tempahan. Kebiasaannya, ia lebih kepada hulu dan sarung pisau serta parang yang digunakan untuk melapah lembu dan memotong daging.
Sarung keris pula lebih banyak digunakan untuk perhiasan. Walaupun beliau tidak membuat sendiri senjata berkenaan tetapi bersedia mengambil tempahan pelanggan dan akan menghantarnya ke bengkel membuat senjata di Kuala Selangor, Selangor. Peralatan yang digunakannya cukup mudah iaitu gergaji, beberapa bilah pisau kecil, kertas pasir dan tin semburan pewarna asli khas untuk kayu. Mengenai idea corak ukiran, bekas pekerja kilang ini menjelaskan ia bergantung kepada permintaan pelanggan tetapi kebiasaannya mereka lebih sukakan kepada corak yang sedia ada atau dibuat oleh Sampul. ¡°Susah nak cakap pasal idea corak ini. Ia boleh datang tiba-tiba. Kadangkala dalam tandas pun boleh datang ilham, duduk minum kopi dan atas motosikal pun boleh dapat. ¡°Bila dapat idea, saya akan terus lakarkan dalam buku, nanti hilang dalam ingatan. Bila dah ada idea, baru boleh mengukir sebab dah ada panduan dan asas nak buat,¡± katanya sambil menunjukkan sebuah buku nota berisi pelbagai lukisan dan corak lakaran sendiri. Pembuat sarung parang juga harus bijak memilih jenis kayu bagi memastikan bertepatan dengan pilihan pelanggan kerana setiap jenis kayu mempunyai corak serta warna tersendiri yang berbeza sekali gus menjadikannya lebih ekslusif. Kebanyakan kayu yang digunakan ialah jenis Surian, Rengas, Ciku, Cempedak, Meranti Bunga dan Menireh. Kayu itu diperoleh atau dibeli daripada rakan di sekitar Selangor. Kayu pilihan popular jenis Surian dibelinya di Lenggong, Perak. ¡°Kayu Surian paling mahal dan cantik manakala kayu Menireh memberikan pelanggan lebih banyak pilihan kerana warnanya bercampur aduk tetapi menarik. Jika disembur pewarna khas, coraknya akan lebih jelas,¡± katanya. Setiap tempahan biasanya akan mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan disebabkan kesibukan Sampul membantu hal keluarga termasuk menguruskan cucu yang tinggal bersamanya. Jika dibuat berterusan, ia boleh disiapkan dalam masa dua hingga tiga hari. Tegasnya, walaupun ada pelanggan yang hanya berminat dengan sarung tanpa corak, beliau tetap teliti dengan kerjanya bagi memastikan corak kayu asli kekal dan warnanya menyerlah selepas digosok dan diwarnakan. ¡°Kita perlu sembur cat sekurang-kurangnya tiga kali. Setiap kali selepas mengecat, mesti digosok dengan kertas pasir halus dan ia dilakukan berterusan,¡± katanya.
Selain mahir dalam menyediakan sarung parang secara tradisional, Sampul juga berkebolehan membuat sangkar burung dan perangkap burung untuk dijual. Info Sarung parang dan pisau Tema corak ukiran hulu dan sarung parang atau pisau: Harimau Naga Batik Tumbuhan Harga tempahan Antara RM200 hingga RM400 sepasang. Gam hulu keris: diperbuat daripada kopi dan pulut hitam atau putih.
Profil Mohd Sampul Din Usia: 66 Tarikh lahir: 1943 Asal: Bagan Datoh, Perak Isteri: Sabi Manan, 57, Anak: Mimi Zalila, 32 Sharul Nizan, 31 Zulkiflee, 30 Nazarina, 23 Cucu: 6 orang Pendidikan: Sekolah Sungai Batang, Bagan Datoh, Perak (1957) Sekolah Batu 20, Bagan Pasir Laut, Bagan Datoh, Perak (1958)
NOTA:bekas rakan sekerja di Fima Metal Box/Carnaud Metalbox Pj satu ketika dulu..kilang tutup pada tahun 1996..sekarang ni dijadikan pameran kereta NAZA WORLD kepunyaan allahyarham Tan Sri Nasimuddin..beliau aktif dalam aktiviti lasak spt mendaki gunung,rock climbing dsbnya..merupakan orang yang paling tua di kalangan kami yang muda belia..
NOTA: UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM HASSAN OTHMAN (OSMAN BULAN) YG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA HARI KHAMIS 12 HB FEB 2009 DI SEKSEN 14 P.J. ALLAHYARHAM ADALAH BEKAS RAKAN SEKERJA DI FMBB PJ. SEMUGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA..AMIN..AL-FATIHAH.

Friday, February 6, 2009

SEKOLAH


anak sulong-tingkatan 1-5 (2006-2010)

http://smapkajang.net/



anak no 2,tingkatan 1-3 (2007-2009)
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (ASC)


SEKOLAH MENENGAH BERASRAMA LUAR BANDAR 2008 KEBANGSAAN
LAMAN WEB BEKAS PELAJAR SEKOLAH TINGGI KAJANG
http://khsboys.webs.com/

Thursday, February 5, 2009

GAMBAR LANGAT BAGUS


Gunung Nuang

Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini dan sebahagian Banjaran Titiwangsa.
Tingginya 1493 meter (4,898 kaki) pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
• Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
• Dari Kampung Kemensah, Gombak.
• Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Genting Highland boleh dilihat dari puncak ini.Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dan gaung yang dalam dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan periharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.








Menara Tinjau dekat Bt 14 Jalan Ampang/Hulu langat
mempunyai kawasan perkemahan,medan selera,taman burung dll
jom...tinjau kuala lumpur dari atas menara ini...!


motor kuasa besar...


otai2 harley dividson sedang melepak....



the cafe lui...cafe yang jauh dari hiruk pikuk kota..
untuk keterangan lebih lanjut klik ke sini

http://thecafe-at-lui.blogspot.com/



rumah persinggahan datuk yusof haslam di bt 22 sg lui


gambar kaki air terjun sg gabai. kalau panjat naik ke atas melalui tangga yg disediakan,boleh main gelongsor2..seronoknya..jgn nak tunjuk terer nak gelongsor kt air terjun tingkat 1 atau 2..dah ada org mati..ada kemudahan disediakan spt surau,tempat persalinan,tandas,parking kena bayar tau.. jangan buang sampah merata2 dan jangan lupa jaga kebersihan.. air yg kita mandi tu..juga air yg kita minum bagi warga lembah kelang..!


air terjun sg gabai


petunjuk arah tempat rekreasi
gambar hutan rekrreasi sg congkak dan g.nuang menyusul kemudian..


IKBN DUSUN TUA ..dah lebih 40 th umur kem ni..

ada kolam air panas kat luar kem ni..


ada satu kolam air panas kat bt 16 dusun tua.kawasan persendirian..tak boleh tangkap gambar,hisap rokok,membawa makanan..jangan lupa hulur wang ringgit seberapa ikhlas.


resort utk bina semangat/motivasi di sg semungkis


sekolah swasta di bt 11 sg serai

Wednesday, February 4, 2009

LANGAT BAGUS

beberapa petikan cerite tentang langat dlm cari forum...

bizsari

Ulu Langat Bagus Ke?


Nak tanya sal UL ni Bagus ke tempatnya

berapa KM dari KL dan berapa KM nak ke KLIA

apa yg ada kat sana

kemudahan dan komunity

org UL sila balas.


aein

bestlah... ...coz, my village...

bromatt
semestinya bagus..wp hujan emas di kg org lebih hujan batu di kg sendiri...
ulu langat/hulu langat ni nama mukim
HULU LANGAT ni juga nama daerah

berapa KM dari KL dan berapa KM nak ke KLIA
jarak kawasan yg terdekat 9 bt dr KL...Bt 9 jln cheras dan kg yg terjauh 25 bt dr KL
nak ke KLIA tak tau ler berapa KM...nanti bro tanya pok din teksi...

apa yg ada kat sana
rekreasi:
1.air terjun sg gabai
2.hutan rekreasi sg congkak
3.kolam air panas dusun tua
4.kem belia negara dusun tua (LKBN)
5.pusat tahfiz al-quran JPM sg semungkis
6.gunung nuang
7.empangan air sg langat di pansoon
8.beberapa kem motivasi ...sori.tak ingat nama..
9.
10.

kemudahan dan komunity
perkhidmatan bus...sj bus dan rapidKL dari langat ke KL dan ke kajang
pusat komuniti desa spt internet pun ada disetiap kampung terpilih...

oleh kerana langat kawasan tadahan air...maka tak ada banyak projek perumahan dilereng bukit...
langat masih kekal dengan suasana kampung dan kehijauan alam sekitar wp ada org kata langat ni macam mundur aje...

langat best...bromatt langat mari...


morango
langat??? waaaaa.... rumah mertua kat langat....atas bukit.... preasure air mmg teruk.... pakai pam air bagai tp still problem air..... air x berapa bersih.... kalau baju putih mmg syg la nk cuci..... tp fresh air ..... sejuk jer sbb kat atas bukit kan..... byk kedai makan yg best..... ikan bakar laaa.... kerang bakar laaaaa.... kalau musim buah mmg meriah laaaaa.....


dilaOHdila
Moderator

Ulu Langat memang bagus.....
Yang asli......
bila masuk kawasan ni sejuk jer udara
suasana yang masih kekal
banyak resort. banyak tempat training
tenang Minda


pinatbate
Forum Legend

Langat best..banyak dusun dan air terjun..banglo Yusuf Haslam pun ada kat situ selalu masuk dalam drama..Rumah aruah Tan Sri Nasimuddin pun ada..besar tapi dah tinggi temboknya sekarang..

Dulu hari-hari lalu jalan ikut jalan Hulu Langat nak ke Ampang..syiokk jer jalan naik bukit bengkang bengkok pagi-pagi berkabus rasa macam naik Cameron Highlands jer..

fishchip
kws hulu langat nie sekarang menjadi tumpuan untuk shooting drama .... ..yg paling hangat sekarang nie drama 'Puaka apende rapek' tu ...ramai betul orang langat jadi pelakun tambahan ... kira bangga jugak la kan ...citer dato' YH yg kata rumah kat Janda Baik tu sebenarnya kat langat n i jugak ler .....


kabintang
akak pun tak lama lg akan jadi warga langat ... buat umah kat belakang sekolah Bkt Raya ... dah biasa dah langat dari kecik lg, sedare husband pun merata kat langat nih ... dulu selalu pegi berkelah kat Sg. Congkak ikut keluarga mentua pegi kebun dorang ...



kselamat81
Moderator

dulu kalo aku nak pi umah member aku kat ulu langat naik motor kena bawak minyak spare sebotol
skang dah takyah

fishchip
skrg langat dah tak macam dulu ....ramai org mencari2 tanah kat langat skrg nie , harga pun boleh tahan mahalnyer ..

Tuesday, February 3, 2009

bahasa kerinci

beberapa petikan dari forumer cari.com dlm ruangan bahasa kerinci

bromatt

aku orang kerinchi TOTOK (sejati) . Datuk nenek ku dah lama duk kualo lumpor semasa itu hutan rimba lagi (bukit nenas) beranak pinak kat bukit nenas tu. Datuk bersamadi kat KL manakala nenek aku besamadi di hulu langat.Pada masa itu ada perkampungan kerinchi kat lembah pantai spt kg hj abdullah hukum dan kg kerinchi. sesiapa nak belajar bahasa kerinchi bro. boleh ajarkan. sila-silakan.......!



seribulan
Reply #10 bromatt's post


ase keturunan arwah mak dulu Pagar Ruyung...tak silap Bugis...

pernah mak cerita pase orang Kerinchi ni...cerita lama...ada yang berkunjung ke rumah diorang ni...bila turun rumah...terkejut...sebab rumah papan bertiang derang masa itu...ada celah-celah lubang antara papan...dari celah tu nampaklah ekor harimau berjuntai di tempat tuan rumah tu duduk...citer mak dedulu lerr...


u org kerinci ka...

setau aku bukit nanas dibuka oleh org kerinci yg disebutkan bromat...bukit tu dinamakan bukit nanas kerana penanaman nenas di bukit tu oleh org2 kerinci..semasa tu kl ni di bawah pemerintahan sultan selangor lagi..memang org kerinci duduk di sana penanaman nanas tu memang digalakkan oleh sultan selangor..

org kerinci ni dah wujud di kl lebih awal daripada tahun 30-an...selain kg kerinci, abdullah hukum, ..org kerinci memiliki tanah di seluruh jln pantai baru sehingga bangsar, universiti malaya dan sungei way...itu tak termsuk kerinci di langat etc..sehingga kini tanah yg berada di belakang bomba jln pantai baru yg korang nampak mcm setinggan tu adalah milik org kerinci..

dahulu di universiti malaya itu ada sebuah kampung dinamakan kampung pisang dan kebun getah dan kandang lembu milik org kerinci..para pekerjanya terdiri org cina dan india..

tapi sekarang...huh tulisan: namakurahsia


namakurahsia

alamak bromatt skali tengok rupa u memang dah tau owang kincai...

tapi aku nih memang payah owang nak kenal owang kincai coz aku ikut kulit nenek aku gelap cam india...

ikut kata moyang aku (dia meninggal masa aku abis blaja) masa ngandung nenek aku moyang aku nyampah tul ngan india yg jaga lembu kat universiti malaya tu... ..so terkenan la...lahirnya nenek aku jadi gulap lak..

newayss...kuarga aku memang tak reti cakap kincai..tu la kekurangan kitorang walaupun kedua mak pak aku kuat darah kincai...sepatah dua tu leh la paham n sebut.....

words yg paling kitorang adik beradik suka sebut...kanjai...kepujin...pio...hehehe..tk ingat dah..


midori_katana

dulu2 baca buku hantu , kalau cerita pasal rimau jadian mesti org kerinchi.. hehee

Monday, February 2, 2009

KELUARGA BROMATT


anak bongsu..6th..lahir di hospital daerah sg petani

anak no 3..pelajar th 3 SK taming jaya balakong
lahir di hospital kajang


anak no2..tingkatan 3 pelajar SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi(duk asrama)
lahir di klinik bersalin sheila klang



anak sulong..tingkatan 4 (2009) pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SBP)
lahir di klinik bersalin aishah sg. petani