beberapa petikan dari forumer cari.com dlm ruangan bahasa kerinci
bromatt
aku orang kerinchi TOTOK (sejati) . Datuk nenek ku dah lama duk kualo lumpor semasa itu hutan rimba lagi (bukit nenas) beranak pinak kat bukit nenas tu. Datuk bersamadi kat KL manakala nenek aku besamadi di hulu langat.Pada masa itu ada perkampungan kerinchi kat lembah pantai spt kg hj abdullah hukum dan kg kerinchi. sesiapa nak belajar bahasa kerinchi bro. boleh ajarkan. sila-silakan.......!
seribulan
Reply #10 bromatt's post
ase keturunan arwah mak dulu Pagar Ruyung...tak silap Bugis...
pernah mak cerita pase orang Kerinchi ni...cerita lama...ada yang berkunjung ke rumah diorang ni...bila turun rumah...terkejut...sebab rumah papan bertiang derang masa itu...ada celah-celah lubang antara papan...dari celah tu nampaklah ekor harimau berjuntai di tempat tuan rumah tu duduk...citer mak dedulu lerr...
u org kerinci ka...
setau aku bukit nanas dibuka oleh org kerinci yg disebutkan bromat...bukit tu dinamakan bukit nanas kerana penanaman nenas di bukit tu oleh org2 kerinci..semasa tu kl ni di bawah pemerintahan sultan selangor lagi..memang org kerinci duduk di sana penanaman nanas tu memang digalakkan oleh sultan selangor..
org kerinci ni dah wujud di kl lebih awal daripada tahun 30-an...selain kg kerinci, abdullah hukum, ..org kerinci memiliki tanah di seluruh jln pantai baru sehingga bangsar, universiti malaya dan sungei way...itu tak termsuk kerinci di langat etc..sehingga kini tanah yg berada di belakang bomba jln pantai baru yg korang nampak mcm setinggan tu adalah milik org kerinci..
dahulu di universiti malaya itu ada sebuah kampung dinamakan kampung pisang dan kebun getah dan kandang lembu milik org kerinci..para pekerjanya terdiri org cina dan india..
tapi sekarang...huh tulisan: namakurahsia
namakurahsia
alamak bromatt skali tengok rupa u memang dah tau owang kincai...
tapi aku nih memang payah owang nak kenal owang kincai coz aku ikut kulit nenek aku gelap cam india...
ikut kata moyang aku (dia meninggal masa aku abis blaja) masa ngandung nenek aku moyang aku nyampah tul ngan india yg jaga lembu kat universiti malaya tu... ..so terkenan la...lahirnya nenek aku jadi gulap lak..
newayss...kuarga aku memang tak reti cakap kincai..tu la kekurangan kitorang walaupun kedua mak pak aku kuat darah kincai...sepatah dua tu leh la paham n sebut.....
words yg paling kitorang adik beradik suka sebut...kanjai...kepujin...pio...hehehe..tk ingat dah..
midori_katana
dulu2 baca buku hantu , kalau cerita pasal rimau jadian mesti org kerinchi.. hehee
Ralat dalam Saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
8 years ago
3 comments:
Salam. Keluarga belah ibu saya memang berasal dari daerah Kerinchi. Dengan lebih tepat lagi Daerah Depati Tujuh @ Depati Jujun.
Moyang saya, anak kepada pembesar daerah itu yang bernama Depati Jujun, Hj. Sudin yang datang bersama arwah datuk saya ke tanah melayu.
Ketika arwah masih idup, sy selalu mendengar bahasa kerinci ini digunakan ketika berkomunikasi dengan adik beradik sebelah emak saya. Sedikit sebanyak sy paham tapi tak pandai untuk menuturkannya semula.
Cerita harimau yang anda selalu dengar berkaitan dengan org kerinchi itu adalah benar. Ia juga terjadi di dalam keluarga saya. Menurut arwah atok saya, ia adalah sejenis saka yang diwarisi nenek moyang. Arwah datuk saya pernah bercerita tentang saka harimau ini selalu mendatanginya tetapi selalu di tolak atau tidak dilayan oleh arwah datuk saya kerana tidak mahu menjadi syirik dan sebagainya.
Setelah arwah datuk saya meninggal, sudah tidak lagi kedengaran bahasa kerinci ini dipertuturkan setiap kali keluarga berkumpul. Rasa sayang sekali warisan ini tidak dpt diteruskan.
Dikawasan hulu langat, masih ramai penduduk kerinchi di situ.
Betul nenek n abh pun selalu cerita padal harimau putih..
saya dari kerinchi sulaiman.. galur raja tiang alam
Post a Comment