Gunung Nuang
Puncak Gunung Nuang terletak betul-betul di atas sempadan negeri Selangor, negeri Pahang dan negeri Sembilan. Gunung ini menjadi titik fokus sempadan ketiga-tiga negeri ini dan sebahagian Banjaran Titiwangsa.
Tingginya 1493 meter (4,898 kaki) pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
• Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
• Dari Kampung Kemensah, Gombak.
• Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang
Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Genting Highland boleh dilihat dari puncak ini.Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dan gaung yang dalam dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan periharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.
mempunyai kawasan perkemahan,medan selera,taman burung dll
jom...tinjau kuala lumpur dari atas menara ini...!
motor kuasa besar...
otai2 harley dividson sedang melepak....
the cafe lui...cafe yang jauh dari hiruk pikuk kota..
untuk keterangan lebih lanjut klik ke sini
http://thecafe-at-lui.blogspot.com/
rumah persinggahan datuk yusof haslam di bt 22 sg lui
gambar kaki air terjun sg gabai. kalau panjat naik ke atas melalui tangga yg disediakan,boleh main gelongsor2..seronoknya..jgn nak tunjuk terer nak gelongsor kt air terjun tingkat 1 atau 2..dah ada org mati..ada kemudahan disediakan spt surau,tempat persalinan,tandas,parking kena bayar tau.. jangan buang sampah merata2 dan jangan lupa jaga kebersihan.. air yg kita mandi tu..juga air yg kita minum bagi warga lembah kelang..!
gambar hutan rekrreasi sg congkak dan g.nuang menyusul kemudian..
IKBN DUSUN TUA ..dah lebih 40 th umur kem ni..
IKBN DUSUN TUA ..dah lebih 40 th umur kem ni..
ada kolam air panas kat luar kem ni..
5 comments:
keep it up...bagus..bagus..
dah jadi macam YB Langat lah Bromatt ni..
Menara tinjau atas bukit tu masih dlm kawasan Langat atau dah masuk Ampang yer?
nama tu dah dekat berhormat tu..mudahan2! menara tinjau tu dlm kawasan ampang kut!tak pernah tinjau2 lagi..! ingat nak tinjau jugak!
salam YB
singgah darul haslam ke
mesti dapat begamborngan dato ni:-)
langat COOL. kalau pepagi kat sini aduh sedapnya udara
tentang menara tinjau tu..sebenarnya dlm kawasan langat bukannya dalam kawasan ampang..harap maklum..
terimakasih kerana mempromosi Cafe@Lui. Semoga usaha saudara itu akan mendapat rahmat dari Allah swt. Datanglah lagi ke Cafe kami.
Salam
Post a Comment