ORANG ramai terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan
di Hospital Kajang semalam.
Hospital sesak gara-gara H1N1
Oleh ZULKIFLI MANZOR
dan NURUL IZZA ROSLY
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Peningkatan kes kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini telah menyebabkan rata-rata hospital kerajaan sekitar Lembah Klang sesak sejak akhir bulan lalu gara-gara diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan mengenai wabak itu.
Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada perasaan bimbang orang ramai terhadap wabak itu lebih-lebih lagi jika terdapat simptom-simptom H1N1 pada diri mereka.
Wartawan Kosmo! yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 di Hospital Kajang kelmarin mendapati, orang ramai penuh sesak di hospital berkenaan yang rata-ratanya ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1.
Ramai di antara mereka yang terpaksa berdiri atau menunggu di luar ekoran kerusi yang disediakan tidak mencukupi selain terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dapat berjumpa doktor.
Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu turut mengakui bilangan orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan H1N1 bertambah berlipat kali ganda sejak kes kematian pertama di negara ini akibat wabak itu dilapor pada 21 Julai lalu.
Seorang pemandu lori, Mohd. Nazim Awang, 34, berkata, dia terpaksa menunggu lebih empat jam sebelum anak lelakinya berusia sembilan tahun dapat berjumpa doktor akibat demam.
Sementara itu, wabak H1N1 yang semakin menular meragut satu lagi nyawa semalam melibatkan seorang lelaki berusia 57 tahun dengan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di negara ini sehingga semalam.
bromatt:aku turut berada di hospital kajang malam tadi,mendaftar anak lelaki pukul 10.00 malam,jam 2.50 pagi baru selesai anak mendapat rawatan..lama menunggu,mata macam digam2 tunggu giliran...
minggu lepas dua orang anak perempuan kena demam,sekolah terpaksa tutup satu minggu..
No comments:
Post a Comment