Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour


pada 28hb mac 2009 sabtu malam ahad..kami empat beranak turut meraikan Earth Hour 2009..tepat jam 8.30 malam suis lampu/kipas dipadamkan selama 60 minit..budak2 nampak berseronok bergelap sambil bergaya di hadapan kamera..di luar rumah kedengaran suara budak menjerit "tutup lampu oooiii"


Earth Hour sasar satu bilion penduduk dunia padam lampu

TEPAT jam 8.30 malam ini seluruh dunia akan bergelap. Semua lampu akan dipadamkan selama sejam - tiada lagi cahaya bergemerlapan terpancar dari Menara Berkembar Petronas apabila semua suis lampu bukan utama di bangunan pencakar langit itu dipadamkan.

Senario sama juga akan dilihat di pusat pentadbiran negara, Putrajaya malam ini apabila semua lampu bukan utama di beberapa lokasi di bandar bestari itu akan bergelap.
Ini suara dunia... Ini suara sejagat bagi menyelamatkan bumi daripada ancaman perubahan cuaca.

Malam ini, sejarah bakal tercipta kerana untuk pertama kalinya, Malaysia menyertai kempen sejagat menyelamatkan bumi. Inisiatif perubahan cuaca yang dianjurkan Tabung Alam (WWF) ini menjemput individu, kerajaan, anggota komuniti dan sektor perniagaan memadam lampu bagi tempoh sejam mulai 8.30 malam ini bagi menyatakan sokongan terhadap misi menangani perubahan cuaca akibat pemanasan global.

Tahun ini, kempen Earth Hour mensasarkan laungannya disahut satu bilion manusia di lebih 1,000 kota di seluruh dunia. Malah, sehingga artikel ini ditulis sebanyak 2,848 bandar raya, bandar dan majlis perbandaran di 84 negara di seluruh dunia sudah memberi komitmen menyokong inisiatif ini. Apa yang menggembirakan, data yang dikumpul meningkat hampir setiap minit.


KUMPULAN pelajar melepaskan belon tanda menyokong kempen Earth Hour 2009 di Paradise Sandy Beach Resort di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Mengapa tidak, ketika Earth Hour mula dilancarkan di Sydney, Australia pada 2007, seramai dua juta manusia memadamkan lampu. Tahun lalu, jumlah itu melonjak kepada 50 juta orang berikutan meningkatnya kesedaran sejagat untuk menyelamatkan bumi daripada ancaman pemanasan global.

Apa yang membanggakan, biarpun kali pertama menyertai kempen Earth Hour, inisiatif ini mendapat sokongan baik rakyat Malaysia. Banyak pihak termasuk kerajaan dan sektor swasta sudah menyatakan komitmen menyokong inisiatif ini.

Mengikut maklumat diperoleh dari WWF Malaysia, pusat pentadbiran negara Putrajaya akan bergelap selama sejam malam ini.

Antara lokasi yang akan dipadam lampu bukan utamanya ialah Pejabat Perdana Menteri; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC); Masjid Putra; Dataran Putra serta beberapa kompleks kerajaan seperti Kementerian Kewangan; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna (KPDNHEP) dan Istana Kehakiman (POJ).
Selain itu, beberapa monumen penting negara seperti Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur serta beberapa pusat beli-belah popular juga tidak ketinggalan menyahut seruan kempen anti pemanasan global.

Selama sejam, lampu bukan utama di Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur akan dipadamkan sebagai tanda sokongan dunia perlu bertindak menangani isu perubahan cuaca.

Di kompleks beli-belah pula, lampu bukan utama seperti lampu hiasan, landskap dan lampu tanda akan dipadamkan. Malah, di kompleks beli-belah Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur, lebih 160 penyewa premis perniagaan sepakat memadam lampu pameran dan lampu tanda kedai sebagai tanda sokongan.

Sokongan baik yang diberi kerajaan dan sektor swasta dalam program Earth Hour di Malaysia menunjukkan kesedaran berhubung perubahan cuaca dan kesan pemanasan global yang mula dirasai di negara ini, meningkat.

Mengapa tidak, rakyat Malaysia sejak beberapa bulan lalu merasai sendiri kesan perubahan cuaca dunia. Panas, hujan, ribut dan sesekali banjir mengundang resah setiap insan terutama mereka yang mendiami kawasan berisiko seperti di tebing bukit atau tanah tinggi.

Menyoroti kemelut yang dihadapi dunia, umum menyedari isu perubahan cuaca atau dirujuk sebagai pemanasan global menghimpit dunia sejak sedekad lalu.

Pemanasan global berlaku apabila gas seperti karbon dioksida dan CFC terkumpul di ruang atmosfera lalu menipiskan lapisan pelindung ozon. Kajian membuktikan lapisan ozon makin menipis dan tidak mampu lagi menapis sinaran ultra ungu berbahaya hingga mengakibatkan suhu dunia meningkat.

Kesan perubahan cuaca dunia terutama faktor suhu panas mewujudkan cuaca melampau malah di sesetengah tempat bercelaru. Malah, ketulan ais atau glasier di Antartika dan Artik mencair hingga mengakibatkan paras air laut meningkat.

Apakah keadaan ini mahu dibiarkan berterusan? Apakah dunia akhirnya musnah kesan perbuatan manusia sendiri? Anda mahu terus berpeluk tubuh atau menganggap tidak mengapa kerana ada pihak lain sedang cuba menangani krisis ini?

Usah berfikir lagi, padamlah suis lampu anda pada jam 8.30 malam ini!

10 perkara anda boleh lakukan bagi menyokong kempen Earth Hour:
• Sertai acara Earth Hour yang diadakan di tempat anda atau anjurkan sendiri bersama jiran dan teman.
• Kumpulkan anggota keluarga dan teman untuk berpiknik di taman sambil menyaksikan bintang di langit.
• Adakan makan malam di bawah kerlipan cahaya lilin bersama anggota keluarga.
• Anjurkan acara mencari harta karun di dalam gelap.
• Bawa bintang peliharaan bersiar-siar pada waktu malam.
• Berendam dalam kolam sambil ditemani cahaya lilin.
• Duduk beramai-ramai dalam gelap sambil berkongsi pelbagai cerita.
• Anjurkan sesi mainan papan (board games) bersama anggota keluarga.
• Raikan malam romantis bersama insan tersayang.
• Muat turun gambar kenangan waktu malam ke laman Flickr dan YouTube. Kemudian pautkan ke kumpulan Flickr Earth Hour kumpulan YouTube global.

Mekanisme Earth Hour
• Melalui kempen ini, pengundi bebas memilih untuk memadamkan lampu jika mahu menyelamatkan bumi atau membiarkan ia bernyala jika memilih bumi terus menjadi mangsa pemanasan global. Semua ini perlu dilakukan dalam tempoh sejam.
• WWF mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global (Global Climate Change Conference), di Copenhagen, Denmark, tidak lama lagi.
• Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto. Inilah peluang bagi penduduk dunia menyatakan suara hati mereka.

sumber:BH

2 comments:

mommy Khalisya said...

salam bro.mat... sempat amik gambar masa earth hour tu yer? candle light dinner laa yer? suasana romantik..hehehe

bro.matt said...

salam adnilsa..ada kesempatan setahun sekali tu..railah malam romantik tu candle light dinner..hehehe!