JUMAAT,17 JULAI 2009
HARI NI AKU BELAJAR SEPERTI BIASA DI SEKOLAH.SUBJEK FIRST PADA HARI NI ADALAH BIOLOGI.KAMI HARUS PERGI KE LAB.TAJUK HARI NI ADALAH SUB-CHAPTER UNTUK CHAPTER 6 IAITU DIGESTION.HABIS KELAS PUKUL 8.50 PAGI . AKU RASA SEGAR PADA HARI NI. BIASANYA MENGANTOK DALAM KELAS. AKU BELEK JAM.KULIHAT JAM MENUNJUKKAN PUKUL 8.30 PAGI. TAK LAMA LEPAS TU, SYUHADAH DAN HUSNA DATANG. AKU BERASA HAIRAN. TIDAK MENYANGKA TUJUAN MEREKA DATANG ADALAH UNTUK BERJUMPA DENGAN AKU.NAMAKU DIPANGGIL.MEREKA DATANG KEPADAKU.PELIK SANGAT.HUSNA MEMBERITAHUKU BAHAWA NENEK AKU MENINGGAL DUNIA.” MIRA, NENEK ANTI MENINGGAL’’ DENGAN SPONTAN, “HA!!” AKU MEMBALAS.TIDAK PERCAYA DENGAN BERITA YANG AKU DAPAT.” TIPU!! TIPU!! ANA TAK PERCAYA..” “ BETUL.. SYUHADAH MENGIAKAN KATA-KATA HUSNA.” ADIK ANTI TENGAH TUNGGU DEKAT LUAR.MAK ANTI PUN ADA.” HUSNA MEMBERITAHUKU.” JOM!! CEPAT, MAK ANTI TUNGGU..” MEREKA SEGERA MENGEMAS BUKU-BUKUKU. KAMI KELUAR DARI LAB. SESUDAH KELUAR, KULIHAT BETUL-BETUL BERDIRI DIDEPANKU ADALAH ADIK-ADIKKU,ADLIN DAN AIZAT. AKU TERHENTI LANGKAH DAN SAYU MEMANDANG MEREKA.MATAKU MULA BERGENANG. RUPA-RUPANYA AKU BUKAN BERMIMPI. AKU TURUN KEBAWAH. KULIHAT MAMA. AKU MASIH LAGI TERKEJUT DENGAN BERITA INI.SUSAH UNTUK AKU MENERIMANYA. TAPI,ITULAH KENYATAANNYA.NENEKKU SUDAH TIADA.AKU TIDAK DAPAT MENAHAN AIR MATAKU.”SUDAH,PERGI SIAP-SIAP KEMAS BARANG.NAK BALIK KAMPUNG.”ARAH MAMA KEPADAKU.AKU TIDAK TERKATA.BERMACAM-MACAM PERSOALAN YANG BERLEGAR DALAM FIKIRANKU.KAMI TERUS PULANG KE ASRAMA.AKU TERUS MENGEMAS PAKAIAN-PAKAIANKU.AKU PUN MENINGGALKAN SEKOLAHKU TEPAT PUKUL 8.55 PAGI. BERMACAM-MACAM SOALAN YANG AKU LONTARKAN KEPADA MAMA. KAMI SAMPAI KERUMAH DALAM PUKUL 9.30 PAGI.SEBAIK SAHAJA KAMI TIBA, AKU DAN ALIN DIARAH UNTUK MENYETERIKA BAJU KURUNG DAN MENYIAPKAN APA YANG PATUT. DALAM PUKUL 11.30 PAGI KAMI BERTOLAK. ABAH DAN ZAFRY SUDAH ADA DIKAMPUNG SEJAK SEMALAM.MAMA TERUS MEMBAWA KAMI KE MASJID DIMANA KERANDA NENEK SUDAH TERSEDIA DISITU. SAYU HATIKU KERANA TIDAK SEMPAT UNTUK MELIHAT MUKA NENEK BUAT KALI TERAKHIR.KAMI KEMUDIANNYA PERGI KERUMAH NENEK.KESEMUA ANAK-CUCU NENEK ADA DISITU KECUALI MAKSU YANG MASIH DALAM PERJALANAN PULANG KESINI DARI LANGKAWI. ORANG-ORANG LELAKI PERGI KEMASJID MANAKALA KAUM PEREMPUAN DUDUK DIRUMAH.DALAM PULUL 2.15 PETANG,KAMI SEMUA BERSIAP SEDIA UNTUK PERGI KEKAWASAN TANAH PERKUBURAN.BUAT PERTAMA KALINYA DALAM SEUMUR HIDUPKU, AKU DAPAT MENYAKSIKAN SENDIRI DENGAN KEDUA-DUA MATA KASARKU BAGAIMANA JENAZAH NENEK DIKUBURKAN.AKU TAKKAN SESEKALI MELUPAKAN SAAT INI.ABAH,PAK CIK IBRAHIM , DAN ORANG KAMPUNG BERTUNGKUS-LUMUS MENGURUSKAN PENGEBUMIAN INI. MAKSU YANG BARU DATANG KULIHAT SEDANG MENANGIS.JENAZAH DIKELUARKAN DARI KERANDA.KEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM LIANG LAHAD. GUMPALAN-GUMPALAN TANAH DIMASUKKAN. AKHIRNYA, TANAH DITIMBUS SEDIKIT DEMI SEDIKIT HINGGA TIDAK KELIHATAN JENAZAH NENEKKU. AKU MENCURI MENGAMBIL GAMBAR.AKHIRNYA, SETELAH SELESAI PENGEBUMIAN, BACAAN TALKIN DIADAKAN. KESEMUA ORANG DUDUK DISERATA TEMPAT.KULIHAT ABAHKU.TENTU DIA SANGAT SEDIH DENGAN PEMERGIAN IBUNYA.TAMBAH-TAMBAH LAGI ABAHKU MERUPAKAN SATU-SATUNYA ANAK LELAKI.SELEPAS KETIADAAN ATUK DAN NENEK,ABAHKU BERTINDAK SEBAGAI KETUA KELUARGA. SANGAT BERAT TANGGUNGJAWAB ITU UNTUK DIPIKUL.KIRA-KIRA DALAM PULUL 3.00 PETANG, TALKIN SUDAH HABIS DIBACA DAN SEMUA ORANG BERANSUR-ANSUR PULANG.”SEBELAH NI KUBUR ATUK.” KATA ABAHKU KEPADA AKU DAN ALIN.” BACALAH AL-FATIHAH.” KUBUR ATUK DISEBELAH NENEK. AKU ORANG TERAKHIR MENINGGALKAN KUBUR NENEK.AKU SEMPAT MENGAMBIL GAMBAR. 7 LANGKAH KAKI KUKIRA.AKU TERUS MELANGKAH MENINGGALKAN KAWASAN PERKUBURAN BERSAMA KELUARGAKU DAN YANG LAIN.
amiera,SMAP Kj
Ralat dalam Saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
8 years ago
3 comments:
Salam Takziah buat Amiera dan Bro.matt sekeluarga..
Mudah-mudahan arwah di himpunkan bersama ahli-ahli syurga yang dikasihi Allah..dan keluarganya dilimpahi kesabaran dan ketabahan menghadapi saat kehilangan..
Maaf mungkin terlewat kerana baru terperasan entry Bro.matt ini..
terima kasih k.pinat atas ucapan takziah itu..
ucapan itu sedikit sebanyak memberi ketabahan menghadapi saat kehilangan ibu yg tersayang...
tak apa kerana terlewat...kan cikgu sibuk...!
bulan julai merupakan bulan kesedihan dan kegumbiraan bagi keluarga kami..
iaitu pada 14hb julai 1996,ayahanda yg dikasihi kembali kerahmatullah,15hb julai,30th yg lalu,Allah mengembirakan hati ibubapa kami dengan mengurniakan adik perempuan bongsu..dan 16 hb julai 2009 lalu,ibu kami yg disayangi dijemput oleh Allah kembali kepadaNya...muga arwah ayah/bonda tenang di alam barzah dan semuga dicucuri rahmat oleh Allah hendaknya..Amin.
Post a Comment