KISAH DATOKKU DALAM KENANGAN - TOK JANGGUT GRIK PERAK , KEPADA SAUDARA MARA YANG BERKAITAN DAN TELAH TERPUTUS HUBONGAN SILALAH HUBONGI MAS MERAH
Nama penuh Datok ku ialah Haji Abdul Raja @ Razak Bin Kasiman . Beliau berasal dari Kerinchi Indonesia iaitu dari Sungai Penuh dan Opahku pula Kerinchi Ambai , kedua2nya adalah Ibu dan Bapa kepada ayahku Haji Abd Aziz Bin Haji Abd Razak . Beliau berdagang ke Kampong Tanjong Rambai Grik Perak iaitu 4 batu sabelum Pekan Grik tempat kelahiran Mas Merah dan adik beradik yang seramai 11 orang dan seorang daripadanya dilahirkan diKampong Pandan Kuala Lumpur . Umur datokku semasa dia meninggal dunia ialah 112 Tahun , jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuboran Ampang , Kuala Lumpur .
DiKampong Tanjong Rambai datokku dilantik sebagai ketua Kampong , seingatku ramai perantau2 dari Kerinchi Indonesia membuka tanah tanah baru dengan menanam Padi Huma atau Padi Ladang/Bukit dan salepas habis menuai tanah berkenaan ditanam pula dengan getah . Datok ku juga terkenal dengan keberaniannya yang tiada tolok banding diantara perantau2 Kerinchi dikala itu , seingatku ramai saudara maranya yang menetap/tinggal di Kampong Pasir dan Kampong Kemensah di Hulu Klang juga di Kampong Kerinchi di belakang Bangunan Angkasapuri sekarang ini . Aku masih ingat lagi Datuk Empat/Ketua Kampong Kerinchi dikala itu sekitar 60an dan 70an adalah Haji Akasah dan anaknya salah seorang bernama Ridhuan yang berniaga Shell Petrol Pump di tepi Lebuhraya dulu dulu . Datok ku semasa hayatnya berkahwin dengan Opahku Hajah Teh Amah Binti Daud dan mendapat cahayamata seramai lapan orang tapi semasa hayat kami ada , anak2nya hanya tinggal ayahku dan adiknya Zainal Ariffin [ Ngah Pin panggilan mesra kami ]tapi semuanya telah kembali keRahmatullah . Datuku semasa hayatnya juga terkenal dengan Dukun yang bolih mengubat penyakit dan juga menawar penyakit kena Santau .. seingat ku orang orang yang terkena santau diberi makan ayam selasih yang dikukus dengan buah kundor sehingga habis sebagai penawarnya , biasa nya orang orang yang terkena santau duduk berubat dirumah datukku sampai sihat , sakiranya mereka tinggal jauh , akhir2nya ada yang menjadi anak atau cucu angkat kepadanya . Dia juga membuat Sembahyang Hajat bagi pihak pihak yang kehilangan barang barang berharga juga tertipu dan tergadai harta benda dikala itu . Datokku hanya mengamal ayat ayat Quran dan beliau juga tidak memakan sebarang makanan terutama yang dibuat olih bangsa asing yang bukan beragama Islam , beliau kuat menjaga tentang halal haram mengenai makanan yang hendak dimakan , seingatku kichap yang dimakan pun dibuat sendiri dari ayer kelapa yang dimasak dan dibubuh garam dengan gula dan minyak kelapa pun dibuat sendiri dari santan kelapa yang dimasak sehingga menjadi minyak , dulu dulu dikampong kelapa tak laku sangat ,dulu dulu juga Opah ku membuat rempah giling kalau mahu dimasak dan cili pun digiling juga , beliau tidak pakai Ajinomoto saperti yang kami dan orang lain amalkan tapi masakkannya tetap sedap , kerana semasa kecil http://www.blogger.com/img/blank.gifkecil dulu aku banyak tinggal bersama dengan Datok dan Opahku.
Semasa dibulan puasa pula datokku rajin berburu dan menahan jerat pelandok , ayam hutan dan landak raya .. Puas kami menikmati masakan binatang buruan dan yang dijerat .. Opahku kalau bab memasak semuanya sedap sedap hingga menjilat jari . Aku masih terbayang lagi kerabu yang dimakan dengan kanji [ bubur nasi yang dicampor rempah ratus ] memang tidak pernah ketinggalan kerana menu tersebut adalah menu wajib datokku . Datokku makan memang tidak banyak tapi yang menghabiskannya adalah aku dengan opahku , nasinya pula beras padi huma yang baru dan harum mewangi kerana ditumbuk dengan menggunakan lesong kaki ..
Semasa 13 MAY 1969 Datokku juga dijemput Haji Othman yang isterinya bernama Hajah Halimah Mutahirin yang tinggal di Petaling Jaya untuk mandi minyak berbulan bulan lamanya iaitu di Balai Datok Harun , Menteri Besar Selangor ketika itu dan di Melaka juga disekitar Kuala lumpur dan Selangor . Datukku juga ada menerbit sebuah buku Amalan Tok Janggut yang diuruskan olih Ustaz Mohd Asri dan dicetak olih Pustaka Muda Ipoh Perak .. Tujuan Mas Merah mendedahkan kisah silam ini bukan lah untuk meriak dan takbur tapi untuk mencari suku sakat juga famili disabelah datok dan opahku .. Opahku juga berasal dari Beruas Perak nama kampong nya Mas Merah dah lupa ..
Sumber :Posted by kencanasari at 9:10 AM
http://kencanasari-masmerah.blogspot.com/
MISTIK ALAM DUNIA : Perjalan Rohani
7 years ago
No comments:
Post a Comment