Sekadar kongsi Sejarah....Menurut tulisan Prof Khor Kay Yim melalui buku Sejarah Selangor...Keturunan Kerinchi pada zaman dahulu tak ubah seperti NOMAD.. Meneroka tanah baru dan setelah memperolehi hasil maka mereka akan berpindah ke tempat lain. Tanah yg diteroka dijual dan hasil tersebut diguna pergi ke Mekah dan pulang Ke Indonesia kemudian kembali ke Malaysia. Lantaran itu tidak hairan keturunan Kerinchi berada di merata ceruk rantau di bumi Malaysia ini. Setiap negeri di dalam Malaysia pasti ada keturunan Kerinchi cuma kini ramai yang tidak tahu keturunan malah sampai sukar mengaku keturunan Kerinchi. Jauh sekali fasih berbahasa tersebut. HARIMAU amat sinonim dengan keturunan Kerinchi. Tamar Jalis penulis buku Siri Bercakap Dengan JIN ada juga menyelitkan cerita dan berita kehebatan keturunan Kerinci baik amalan ilmu hitam mau pun yang di redhoi Allah. Semua itu kini tinggal Sejarah. Samada baik mau pun tidak kita sebagai warga Kerinchi harus terima hakikat. Kini Kerinchi harus berbangga kerana keturunan kita ramai yang telah berjaya dan menaikkan mata Malaysia di persada dunia. Syabas ANAK KINCAI....
1 comment:
Betul ke ni?
Post a Comment